Thursday, January 30, 2014

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014










   
Pada hari ini, 30 Januari 2014, bertempat di Dewan SKKBFN1,  telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Che Ali bin Dagang, YDP PIBG SKKBFN1. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.
   Objektif sebenar pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SKKBFN1 atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengannya, InsyaAllah.

1 comment:

  1. assalam..sy da lama mencari ayah angkat sy che ali dagang..sy terputus hubungan dengan beliau..mcm mne sy nk berhubung dengan beliau..

    ReplyDelete