Sunday, January 19, 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KELAS SESI 2014












19 Januari 2014, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas  telah selamat dilangsungkan dengan penuh gemilang di Dewan SKKBFN1,  Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu dibuka dengan bacaan doa  dipimpin oleh Ketua Pengawas.
Majlis penyampaian watikah yang merupakan antara acara tahunan terpenting di bawah unit Hal Ehwal Murid (HEM) itu, telah dirasmikan oleh Sarjan Rezali bin Mohamed dari Balai Polis Daerah Kemaman Selaku pegawai perhubungan sekolah.
Berucap merasmikan majlis, Sarjan Rezali menyampaikan hasrat beliau untuk menyaksikan lebih ramai produk yang yang hebat dan cemerlang yang terhasil dari sekolah ini yang mampu bersaing di peringkat global dan  mengingatkan para murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.
Semoga kepimpinan yang baru menerima watikah ini akan mampu memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh rasa yakin, jujur, berdisiplin dan ikhlas sebagaimana yang dilafazkan melalui ikrar kepimpinan dalam majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment