Sunday, December 29, 2013

Selamat Berpindah Sekolah Kepada Cikgu Mohd Fizari dan Cikgu Faiezah




Pada akhir tahun 2013 ini SKKBFN1 telah kehilangan 2 orang guru kerana telah bertukar tempat bertugas atas permohonan mereka. Mereka adalah guru-guru yang sangat berpengalaman dan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap kecemerlangan sekolah. Semua warga sekolah merasa sedih dengan perpindahan ini, namun sentiasa mendoakan mereka akan sentiasa cemerlang di tempat baru.

Guru-guru tersebut ialah :
  1. Cikgu Mohd Fizari bin Abdullah (Berpindah ke SK Bukit Gasing, Marang)
  2. Cikgu Faiezah bt Daud (Berpindah ke SK (Felda) Tenang, Jerteh )

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN BILIK DARJAH






Pada 29 Disember 2013Gotong-royong mengemas, menyusun perabot dan membersihkan
bilik darjah dijayakan oleh semua guru SK Kampong Baharu Felda Neram 1 untuk menyambut
kedatangan pelajar-pelajar ke sekolah pada 2 Januari 2014 nanti. Terima kasih kepada semua guru 
 atas kerjasama yang diberikan.

Saturday, December 28, 2013

HARI PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN SESI 2014








Pada 29 Disember 2014 Hari Pendaftaran Persekolahan sesi 2014 telah
diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi untuk semua murid
 dari Pra Sekolah hingga tahun 6. Taklimat ringkas disampaikan oleh
Puan Guru Besar untuk ibu bapa murid Pra Sekolah dan murid tahun 1. 

Tuesday, December 17, 2013

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2014

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 serta pendaftaran 

semula murid Tahun 2 -6 pada:


Tarikh : 29 / 12 / 2013


Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi

(* Semua guru kelas diwajidkan hadir )





MESYUARAT 2014

*.Mesyuarat guru kali pertama 
 Pada : 28.12.2013
 Masa: 8.30 pagi

* Mesyuarat JKS kali pertama 2014 

Pada:  30.12.2013 
Masa: 8.30 pagi

* Mesyuarat induk HEM dan Induk Kokurikulum kali pertama 

 Pada: 31.12.2013
 Masa: 8.30 pagi.

(* Semua mesyuarat adalah wajib untuk semua guru termasuk guru yang baru tukar ke SKKBFN1 )

Wednesday, December 11, 2013

Mohon Hebahan Semakan Permohonan Ke Tingkatan 1 Tahun 2014

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Sidang Jamaah sekalian! Adalah dimaklumkan bahawa semakan keputusan pelajar ke Tingkatan Satu Tahun 2014 boleh dibuat mulai *16 Disember 2013 (Isnin)* melalui Laman Web Jabatan Pendidikan Terengganu.
bagi kategori:-
*1. SMK Elit Terengganu
i. SMK Mak Lagam, Kemaman
ii. SMK Lembah Bidong, Setiu
*2. SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama)*
i. Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu
ii. Tok Jiring, Kuala Terengganu
iii. Durian Guling, Marang
iv. Kuala Abang, Dungun
v. Nurul Ittifaq, Besut
vi. Wataniah, Besut
*3. Sekolah Premier (Sekolah-sekolah di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah)* Bagi permohonan yang gagal, pemohon boleh membuat rayuan melalui Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan memuat turun Borang Rayuan dan menghantar borang tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan *sebelum atau pada 24 Disember 2013 (Selasa).* Sekian. Harap maklum.

http://jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/semakt1/

Tuesday, November 12, 2013

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2013











Selasa, 12 November 2013, Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi untuk sesi tandatangan buku rekod murid. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.

         Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.


         Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh  Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 serta Pengerusi PIBG.Tepat pukul 10.30 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Felda Neram 1, En. Ngah bin Mamat. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.

         Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan tarian oleh murid Prasekolah, persembahan nyayian oleh murid tahun 5 dan persembahan lakonan oleh  murid tahun 3. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.


         Acara kemuncak ialah Graduasi Murid Prasekolah  dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.


         Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013 PERINGKAT SEKOLAH

















Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009. 

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. 
Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2013 peringkat sekolah pada 28.10.2013 bertempat di Dewan SKKBFN1,  yang telah disempurnakan oleh En. Rodi bin Yusoff, Penolong Kanan HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama warga sekolah samada murid, guru, kakitangan bukan guru dan pekerja am serta warga kantin sekolah yang turut serta dalam program ini.

Tuesday, October 22, 2013

GOTONG ROYONG BILIK PSS


Gotong Royong Membersih Bilik-Bilik Pusat Sumber Sekolah

Biarlah apa orang kata tentang semangat gotong royong yang telah semakin berkurangan diamalkan sekarang, namun bagi pelajar-pelajar sekolah SKKBFN1, jika ianya diatur dengan teliti dan disampaikan kepada para pelajar dalam bentuk 'memujuk', ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Begitulah yang berlaku pada hari Selasa 22 Oktober 2013 yang lepas, di mana lebih 90 peratus daripada 142 orang pelajar hadir untuk bergotong royong membersihkan bilik-bilik Pusat Sumber. Dengan semangat yang tinggi para pelajar telah menjayakan program ini dengan bagitu baik mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Semoga amalan bergotong royong yang pernah menjadi amalan orang-orang dahulu kala itu terus menjadi ikutan untuk genarasi akan datang. Pelajar-pelajar ini dididik berkerjasama membersihkan dan menghias bilik-bilik PSS mereka di samping itu secara tak langsung mereka akan menyayangi bilik-bilik PSS mereka bersama-sama dengan peralatan dan perabot yang dibekalkan.

Saya mengingatkan para pelajar agar bekerja dengan ikhlas dan jangan rasa terpaksa, kerana yang dibersihkan adalah tempat mereka akan belajar dan berada di situ setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.45 petang. Terima kasih kepada para pelajar dan guru-guru yang hadir. Terima kasih juga kepada pengusaha kantin yang menyediakan minuman untuk semua guru dan pelajar  pada hari itu.






KEM SUKAN 1MURID 1SUKAN


Pada 12 Oktober 2013 Kem Sukan 1murid 1 sukan telah diadakan, Cikgu Mohd Fizari telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah, serta dibantu oleh Cikgu Mokhtar sebagai Penolong Penyelaras. Manakala Fasilitator pula terdiri daripada Cikgu Misram (Bola Sepak), Cikgu Suzana (Badminton), Cikgu Rohaida (Bola Tampar) dan Cikgu Azliza (Bola Jaring).


Sesi Pagi
Pada sesi pagi , perjalanan kem bermula seawal jam 8.00 pagi  dengan dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta adalah terdiri daripada 10 orang pelajar (5 lelaki dan 5 perempuan) daripada setiap rumah sukan yang ada di sekolah ini. Ada 3 rumah sukan semuanya dengan mengambil nama rumah sukan iaitu hijau, merah dan biru. 
Pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perjalanan kem dan juga disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti kem ini. Pelajar juga diberikan fail berisi buku nota serta pensil dan pen untuk tujuan mencatat.



Sesi Petang
Pengisian sesi petang lebih menarik sebab pada hari ini aktiviti sukan dijalankan. Pelajar didedahkan dengan 1 jam teori oleh 4 sukan permainan oleh fasilitator masig-masing yang telah dilantik. Setiap sukan dan permainan telah diberikan 4 stesyen yang berbeza. Pada stesyen berkenaan, fasilitator perlu melakukan aktiviti ringkas sukan masing-masing selama 20 minit untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta kem.

 Pelaksanaan kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini adalah sangat berjaya jika dinilai pada pengaruhnya kepada peserta. Kami melihat peserta semakin menunjukkan minat untuk cuba bersukan, terutamanya sukan yang asing bagi mereka sebelum ini. Bagi saya, biar lah minat mereka bermula dengan keseronokan yang dirasai ketika kem. Sekiranya didapati berbakat dan minat yang menebal, maka boleh lah diasah lagi bakat mereka ke tahap yang lebih baik.






Saturday, October 5, 2013

SUKAN TAHUNAN KALI - 23 TAHUN 2013
















        Sukan Tahunan SKKBFN1 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis yang lalu, 3 Oktober 2013. Majlis yang berlangsung dengan lancar mengikut aturcara yang telah dirancang. Sukan tahunan kali ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim b. Tan Sri Haji Wan Mokhtar ( ADUN Air Putih, Kemaman ) selepas acara perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan. Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amat memberangsangkan. Guru Besar dan YDP PIBG telah melahirkan rasa gembira dengan penglibatan ibu bapa pada Temasya Sukan sekolah pada tahun ini. 
      Acara akhir yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah Sukaneka Pra Sekolah, Sukaneka Tahap 1,  Lari 100 M (Lelaki dan Perempuan), Lari 4 x 100 M (Lelaki dan Perempuan), Tarik Tali Akhir, acara ibu bapa. Pada tahun ini, perbarisan dan persembahan rumah- rumah sukan juga dipertandingkan. Semua murid telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara. Johan keseluruhan telah disandang oleh Rumah Hijau. Olahragawan tahun ini adalah adik Syafiq Zulfaqar b Sulaiman  dan Olahragawati adalah adik  Siti Nor Syazwani bt Abdul Rahim. Semua hadiah telah disampaikan oleh YB,Wakil PPD, Pengurus Felda Neram 1, Kemaman pentadbir sekolah AJK Tertinggi PIBG. Semoga sukan tahunan yang dianjurkan dapat memupuk semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SKKBFN1.