Monday, September 8, 2014

Lawatan Pecutan Akhir UPSR 2014 Oleh Pegawai JPNT






Pada 8 September 2014 Pihak Pengurusan SKKBFN1 ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pegawai dari JPNT  di atas keprihatinannya berkunjung ke sekolah ini untuk menjalankan pemantauan. Kehadiran Pegawai JPNT  telah disambut oleh Tn Guru Besar , Tn Roslan b Ismail dan telah mengiringi Pegawai JPNT sepanjang pemantauan dijalankan. Beliau juga berkesempatan untuk melihat sendiri Pengajaran dan Pembelajaran di kelas Tahun 6 Arif serta berkomunikasi dengan murid - murid kelas tersebut yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Pihak SKKBFN1 akan sentiasa sedia maklum akan segala ulasan dan pandangan dari pihak JPNT dalam mencapai prestasi yang terbaik dalam semua aspek.

Sunday, September 7, 2014

Lawatan Timbalan Pegawai PPD Kemaman Untuk Kecemerlangan UPSR 2014








Pada 7 September 2014 SKKBFN1  amat bertuah kerana telah dilawati oleh Timbalan PPD Kemaman, beliau merupakan seorang pemimpin yang amat komited dalam menjalankan tugas sehingga sanggup turun padang untuk membantu dan memastikan perjalanan pengurusan sekolah berjalan lancar. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Tn Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Tahun 6.
Disamping itu juga beliau turut berbesar hati untuk bertemu calon UPSR seterus nya memberi motivasi kepada mereka agar terus berusaha dan mencipta keputusan yang terbaik dalam peperiksaan UPSR.

Thursday, September 4, 2014

Majlis Solat Hajat Untuk Calon UPSR 2014






Majlis solat hajat dan bacaan yassin telah diadakan pada 4 September 2014 bertempat di Masjid Kg Baru Felda Neram 1. Program diadakan bersempena dengan permulaan sesi kecemerlangan UPSR 2014. Solat hajat telah dipimpin oleh Tn Imam Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, para guru dan murid-murid yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.
Semoga sikap tolong-menolong dan permuafakatan ini mendapat kesukaan Allah SWT dan seterusnya menitipkan keberkatan dalam semua amalan kita. Selamat berjaya kepada semua pelajar  SKKBFN1. Teruskan usaha, banyakkan doa!

Program Temu Murni Ibu bapa Murid Tahun 6/2014








Program Temu Murni untuk Kecemerlangan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 4 September 2014 yang lalu. Program yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama guru-guru Tahun 6 adalah bertujuan untuk membincang pelbagai perkara mengenai pembelajaran calon-calon UPSR. Ini melibatkan program yang akan diadakan, prestasi anak-anak dan target UPSR 2014.

Sunday, August 17, 2014

Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2014










Tarikh : 17 Ogos 2014
Hari : Ahad
Lokasi Perasmian : Dataran Perhimpunan
Perasmi : En Roslan bin Ismail - Guru Besar
Penyelaras : 
Pn Dayang Fatimah Wati bt Osman - GPK Ko-Kurikulum
Anjuran Panitia : Kajian Tempatan & Sivik Kenegaraan
Logo dan Tema Hari Kemerdekaan Kali Ke-57 Tahun 2014 : 
“Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”


Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun yang ke-57 kemerdekaan Malaysia, sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi keada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia pada hari ini, terutamanya golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan hingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.


WARNA MERAH
Lambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta

WARNA BIRU
Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum

WARNA KUNING
Lambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

WARNA PUTIH
Menjadi lambang kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.




Saturday, August 16, 2014

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014













TARIKH
14-16 OGOS 2014

HARI
KHAMIS-SABTU


TEMPAT
SANCTUARY RESORT

ANJURAN OLEH
SKUAD UPSR SKKBFN1


Tuesday, August 12, 2014

Program Perkongsian Pintar UPSR "KEARAH PENAMBAHBAIKAN PROGRAM UPSR"








Tarikh: 12 Ogos 2014Tempat: Bilik Mesyuarat SKKBFN1Penceramah Jemputan :Tuan Hj. Sabri bin Abidin Sulong ( Guru Besar SK Telok Kalong)


Semua guru telah menghadiri satu taklimat Program Perkongsian Pintar UPSR "KEARAH PENAMBAHBAIKAN PROGRAM UPSR" melibatkan semua murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid melalui perkongsian pengalaman dan teknik cemerlang yang digabungkan hasil daripada perbincangan guru-guru mengikut subjek Upsr.
antara program yang dicadangkan:

1.  Program   ” Siku A ” :13 Ogos hingga UPSR
  =  4 orang murid Elit ( 5 Orang Guru  Mentor )
2.  Nok Comel Lagi :13 Ogos hingga UPSR
  = 13 orang murid pertengahan (pencapaian sederhana)
  ( Melibatkan Guru M/P )

3.  ” Guane Guane Pun C :13 Ogos hingga UPSR
   = 4 orang murid Harapan Lulus ( Melibatkan Guru Pemulihan ).

4.  Kem Kecemerlangan dan Motivasi Diri
   :14-16 Ogos 2014
   = Sanctuary Resort ( Semua guru SKKBFN 1 )

5.  Solat Hajat Perdana
  ( 4 September 2014 di sekolah )

6.  Restu Ilmu  
  ( 7  September 2014 )

7.  Kuarantin
  ( 8 hingga 10 September 2014 )
 
8.  Sepakat Membawa Berkat
  = 3 sekolah berdekatan – SK LEMBAH JABOR, SK KG BAHARU FELDA NERAM 1, SK FELDA NERAM 1 (masih di dalam peringkat perbincangan)