Lencana Sekolah

MAKSUD LAMBANG DAN WARNA PADA LOGO SEKOLAH


BUKU, JANGKA LUKIS DAN PENSEL
Buku, Jangka Lukis dan Pencil  yang  menggambarkan budaya ilmu yang diamalkan oleh masyarakat sekolah serta sebagai asas bahan pengajaran dan pembelajaran

WARNA JINGGA
Melambangkan sekolah berada dalam kawasan penempatan Felda yang memerlukan pendidikan yang bermutu akan membawa  kejayaan kepada anak bangsa.

WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai
GELUNG
Lambang  Kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan demi untuk menjadikan murid cergas serta menggilap asas kepimpinan kerana murid sekarang bakal menjadi pemimpin masa hadapan

BUNGA RAYA
Bunga Kebangsaan Malaysia yang menggambarkan ketaatan masyarakat sekolah terhadap negara tercinta


BULAN DAN BINTANG
Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-Duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja



6 JALUR JINGGA
Enam jalur jingga membawa maksud Rukun Iman yang 6 perkara.


Slogan “BERILMU BERAMAL DAN BERBAKTI”
Membawa maksud ilmu yang dipelajari perlulah dikerjakan malahan disebarkan pula kepada orang lain agar kemajuan dapat dikecapi bersama


5 JALUR HITAM
Lima jalur hitam membawa maksud Rukun Islam yang 5 perkara.



No comments:

Post a Comment