Saturday, October 5, 2013

SUKAN TAHUNAN KALI - 23 TAHUN 2013
















        Sukan Tahunan SKKBFN1 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis yang lalu, 3 Oktober 2013. Majlis yang berlangsung dengan lancar mengikut aturcara yang telah dirancang. Sukan tahunan kali ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim b. Tan Sri Haji Wan Mokhtar ( ADUN Air Putih, Kemaman ) selepas acara perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan. Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amat memberangsangkan. Guru Besar dan YDP PIBG telah melahirkan rasa gembira dengan penglibatan ibu bapa pada Temasya Sukan sekolah pada tahun ini. 
      Acara akhir yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah Sukaneka Pra Sekolah, Sukaneka Tahap 1,  Lari 100 M (Lelaki dan Perempuan), Lari 4 x 100 M (Lelaki dan Perempuan), Tarik Tali Akhir, acara ibu bapa. Pada tahun ini, perbarisan dan persembahan rumah- rumah sukan juga dipertandingkan. Semua murid telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara. Johan keseluruhan telah disandang oleh Rumah Hijau. Olahragawan tahun ini adalah adik Syafiq Zulfaqar b Sulaiman  dan Olahragawati adalah adik  Siti Nor Syazwani bt Abdul Rahim. Semua hadiah telah disampaikan oleh YB,Wakil PPD, Pengurus Felda Neram 1, Kemaman pentadbir sekolah AJK Tertinggi PIBG. Semoga sukan tahunan yang dianjurkan dapat memupuk semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SKKBFN1.

No comments:

Post a Comment