Tuesday, October 22, 2013

GOTONG ROYONG BILIK PSS


Gotong Royong Membersih Bilik-Bilik Pusat Sumber Sekolah

Biarlah apa orang kata tentang semangat gotong royong yang telah semakin berkurangan diamalkan sekarang, namun bagi pelajar-pelajar sekolah SKKBFN1, jika ianya diatur dengan teliti dan disampaikan kepada para pelajar dalam bentuk 'memujuk', ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Begitulah yang berlaku pada hari Selasa 22 Oktober 2013 yang lepas, di mana lebih 90 peratus daripada 142 orang pelajar hadir untuk bergotong royong membersihkan bilik-bilik Pusat Sumber. Dengan semangat yang tinggi para pelajar telah menjayakan program ini dengan bagitu baik mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Semoga amalan bergotong royong yang pernah menjadi amalan orang-orang dahulu kala itu terus menjadi ikutan untuk genarasi akan datang. Pelajar-pelajar ini dididik berkerjasama membersihkan dan menghias bilik-bilik PSS mereka di samping itu secara tak langsung mereka akan menyayangi bilik-bilik PSS mereka bersama-sama dengan peralatan dan perabot yang dibekalkan.

Saya mengingatkan para pelajar agar bekerja dengan ikhlas dan jangan rasa terpaksa, kerana yang dibersihkan adalah tempat mereka akan belajar dan berada di situ setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.45 petang. Terima kasih kepada para pelajar dan guru-guru yang hadir. Terima kasih juga kepada pengusaha kantin yang menyediakan minuman untuk semua guru dan pelajar  pada hari itu.






No comments:

Post a Comment