Wednesday, October 19, 2016

Lawatan Muhibbah Cakna Murid

           Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai salah satu tindakan bagi pihak sekolah untuk menagani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah maka kali ini Unit HEM bersama Tn.Guru Besar sendiri iaitu En.Razali bin Mat Hussin sendiri telah turun melawat dan bertanyakan khabar tentang salah seorang murid yang tidak hadir ke sekolah.
          Pihak sekolah sangat mengambil berat akan pembinaan akademik dan sahsiah murid di sekolah dan kami berasa amat kesal sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana ini akan memberi kesan kepada masa depan mereka. Justeru itu,kami berharap ibubapa akan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi menyemai semangat anak-anak untuk rajin ke sekolah demi masa depan mereka.
Memberi semangat dan kata dorongan kepada murid.

No comments:

Post a Comment