Tuesday, July 12, 2016

Lawatan Muhibbah Cakna Murid

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan lawatan Muhibbah ke rumah murid yang didapati seringkali tidak hadir ke sekolah. Pk HEM En. Mohd Fareq dan En. Rahim selaku guru disiplin telah disertai oleh mok nik, ayah ngah dan pn. Oni selaku wakil PIBG telah hadir bagi lawatan Muhibbah kali ini.
     Lawatan Muhibbah Cakna murid Ini adalah bertujuan untuk untuk bertanyakan masalah murid tersebut serta menerangkan implikasi/kesan kepada ibu bapa tentang akta pendidikan wajib bagi murid di mana adalah menjadi satu kesalahan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah.
   Pihak sekolah sangat berharap agar semua ibu bapa akan mengambil cakna terhadap kedatangan murid ke sekolah bagi mencari ilmu. Kerana mulianya manusia adalah kerana ilmu.


No comments:

Post a Comment