Saturday, February 27, 2016

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG

Hari ini telah berlangsung pelancaran program sekolah penyayang yang telah disempurnakan oleh Guru Pen.Kanan Pentadbiran SKKBFN1.Pada hari ini,EN.Nadzlin b. Mat dengan diiringi Guru Pen.Kanan HEM En.Mohd Fareq b.Hj.Abdullah telah menyerahkan backdrop sekolah penyayang kepada setiap guru kelas sebagai simbolik penerimaan amanah untuk menjadikan SKKBFN1 sebagai sebuah sekolah yang mengamalkan budaya penyayang dan berbudi bahasa.

Antara objektif program adalah untuk menjelas dan membimbing para pelajar dan guru untuk memupuk amalan budaya penyayang dalam diri, mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain serta membentuk kerjasama secara sepasukan bagi meneruskan agenda Sekolah Penyayang.

Penekanan kepada pelaksanaan program ini ialah melalui surat siaran KPM bil.4/2012 yang menekankan konsep menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru,menginsafi kehadiran murid merupakan rahmat sekolah dan menyedari setiap murid adalah aset kepada sekolah.










No comments:

Post a Comment