Tuesday, August 25, 2015

PROGRAM PIBGK BERSAMA PEMADAM














Pada 14 Mei 2015, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 mlm satu Program PIBGK bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah diadakan bertempat di kawasan sekolah dan Dewan Bestari, SK Kampong Baharu Felda Neram 1 untuk murid - murid sekolah dan Ibu Bapa/Penjaga. Program ini dikendalikan oleh PIBGK SKKBFN1.
       Program ini bertujuan memberi kesedaran awal kepada murid - murid di sekolah berkaitan dengan bahayanya penggunaan dadah. Di samping itu membantu murid - murid memilih rakan yang betul dan membantu rakan - rakan mereka yang mempunyai masalah.
       Diakhir Progra Pendidikan Pencegahan Dadah ini, murid - murid dapat mengenalpasti bahayanya dadah, cara - cara menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah,kesan - kesan jika terlibat dalam penagihan dadah dan dapat input berkaitan dengan masalah sosial semasa. Pada waktu malam diadakan ceramah agama untuk Ibu Bapa/Penjaga dan orang kampung.

No comments:

Post a Comment