Saturday, July 19, 2014

LAWATAN KE RUMAH PELAJAR YANG BERMASALAH

Guru besar  En Roslan bin Ismail bersama PKHEM, En. Rodi bin Yusoff, PK Pentadbiran En. Nadzlin bin Mat dan guru kelas Tahun 6 Pn. Suzana bt Sena telah melawat ke rumah pelajar  yang bermasalah pada 20 Julai 2014 . Masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar adalah selalu tidak hadir ke sekolah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti punca masalah ini dengan menemui ibu bapa pelajar. Di samping itu cuba menasihati penjaga mereka peri pentingnya mereka mengambil berat pelajaran anak-anak mereka. Program ini secara tidak langsung merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012. Pihak sekolah berharap dengan usaha yang dijalankan ini dapat mengurangkan peratus ketidakhadiran pelajar di sekolah ini.





         

No comments:

Post a Comment