Sunday, July 7, 2013

Majlis Temu Murni Tanda Tangan Buku Rekod Pelaporan













Ahad 30 Jun 2013 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah menyusun program bersama ibubapa yang dinamakan Majlis Temu Murni. Program yang bertujuan mempertemukan para ibubapa pelajar dengan guru kelas yang menjadi teraju utama pendidikan anak mereka.
Program ini yang masih baru bagi sekolah ini telah berupaya menarik ramai ibubapa yang sanggup meluangkan masa menghadiri sesi bersama guru kelas ini dan seterusnya menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak mereka.
Menurut Guru Besar sekolah, Hj Mohamad Safei, Program seperti ini mampu memberi kesan positif dalam diri pelajar apabila ibubapa mereka sanggup hadir dan meneliti pencapaian mereka di dalam pelajaran dan berkongsi maklumat dengan guru yang terlibat.
Program ini juga memberi peluang kepada ibubapa untuk memyampaikan sumbangan dari pihak sekolah kepada anak mereka yang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Program seperti ini wajar diteruskan dan dilipatgandakan dengan berbagai lagi program bersama para waris dalam menyedarkan peranan waris bagi menjana kecemerlangan anak-anak mereka.

Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka dan sanggup meluangkan masa menghadiri majlis ini.

No comments:

Post a Comment