Monday, February 3, 2014

PROGRAM PERMUAFAKATAN UPSR 2014

Pada 3 Februari 2014, satu Program Permuafakatan UPSR 2014 diadakan dengan gabungan program Cakna waris, Mentor Mentee dan Solat Hajat:







Program Cakna Waris
Matlamat program ini adalah bagi mengadakan hubungan antara sekolah dan waris dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam keputusan UPSR bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2014.
1. Untuk memastikan murid-murid tahun 6 telah bersiap sedia menghadapi UPSR.
2. Untuk memastikan kecemerlangan UPSR berterusan .
3. Untuk mengeratkan dan meningkatkan hubungan antara sekolah dan waris dalam menjana kejayaan murid dan sekolah.
4. Mencari kaedah dan dapatan masalah-masalah yang timbul dalam akademik pelajar.
5. Memberi ruang kepada waris mendapat input yang lebih tepat dari pihak sekolah tentang pencapaian akademik pelajar-pelajar.







Program mentor mentee 
*Merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.





Program Solat hajat
 *Merupakan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, SKKBFN1 pada setiap tahun apabila menjelang musim peperiksaan.. Pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan diharapkan dapat mengisi tuntutan sebagai hamba yang taqarrub kepada Allah s.w.t selaras tuntutan Al Quran dan Sunnah.

No comments:

Post a Comment