SEJARAH SEKOLAH DAN
LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH
SK Kg. Baharu Felda Neram 1ditubuhkan
pada tahun 1987. Terletak ditepi jalan utama di Kampung
Baharu Felda Neram 1 atau juga dikenali sebagai Felda Neram Tambahan. Mempunyai keluasan lebih kurang 3.8 hektar dan mempunyai 3 banguanan utama yang mengandungi bilik darjah, bilik-bilik
khas dan pejabat. Sekolah Kebangsaan
Kampong Baharu merupakan sekolah kedua yang terletak di Felda Neram 1. SK Kg Baharu Felda Neram 1 dibina berdasarkan
dari kepayahan dan kesukaran anak-anak peneroka yang terpaksa berulang alik
dari SK Felda Neram 1 yang terletak kira-kira 4 kilometer jauhnya.Dengan
kesungguhan dan kerjasama dari penduduk Kg Baharu maka satu projek SK Kg Baharu
diluluskan pada tahun 1984. Pada akhir tahun 1986 maka siaplah bangunan SK KG Baharu.Bermula
tahun 1987 dengan rasminya SK Kg Baharu dibuka.Anak-anak peneroka di Kg Baharu
Felda Neram 1 tidak lagi bersusah payah berulang ke SK Felda Neram 1. SK Kg. Baharu Felda Neram 1 telah dirasmikan oleh Menteri
Besar Terengganu Y.A.B Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad pada tahun 1987.
KEMUDAHAN FIZIKAL
Keluasan 3.8 hektar
· Satu bangunan dua tingkat -(Pejabat, Bilik Guru, Bilik darjah, Bilik sains dan bilik akses)
· Satu bangunan satu tingkat -(Dewan, Bilik Darjah, Kelas Pra)
· Satu Bangunan dua tingkat -(Bilik Darjah, perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Seni, Bilik
Pemulihan)
· Satu Bangunan Makmal Komputer
· Satu Bangunan Kantin
· Surau
· Padang Permainan