Wednesday, February 12, 2014

LADAP FROG VLE





Kursus Frog VLE untuk guru-guru SKKBFN1 telah dijalankan pada hari Selasa , 18 Februari 2014, bermula jam 2.00 petang hingga 5 petang. Kursus ini telah disertai oleh semua guru SKKBFN1 dan dijalankan di Makmal Komputer SKKBFN1. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Zuria Akma selaku Guru Penyelaras Bestari SKKBFN1.
Antara lain, tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog untuk guru-guru di samping menjayakan matlamat di bawah Program 1Bestarinet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melaluinya guru-guru diharap mampu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan pendidikan termasuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Sepanjang kursus ini berlangsung guru-guru mempelajari cara menggunakan laman frog ini sebagai medium komunikasi , berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan takwim individu. Melalui kursus ini juga, guru-guru telah didedahkan cara untuk menggunakan laman frog ini untuk menjemput guru lain untuk menghadiri sesuatu program berdasarkan calendar.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan diharap guru-guru dapat memanfaatkan laman Frog VLE ini untuk melancarkan tugas-tugas seharian pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment