Tuesday, November 12, 2013

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2013











Selasa, 12 November 2013, Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi untuk sesi tandatangan buku rekod murid. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.

         Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.


         Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh  Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 serta Pengerusi PIBG.Tepat pukul 10.30 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Felda Neram 1, En. Ngah bin Mamat. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.

         Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan tarian oleh murid Prasekolah, persembahan nyayian oleh murid tahun 5 dan persembahan lakonan oleh  murid tahun 3. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.


         Acara kemuncak ialah Graduasi Murid Prasekolah  dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.


         Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013 PERINGKAT SEKOLAH

















Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009. 

Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid. 
Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2013 peringkat sekolah pada 28.10.2013 bertempat di Dewan SKKBFN1,  yang telah disempurnakan oleh En. Rodi bin Yusoff, Penolong Kanan HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama warga sekolah samada murid, guru, kakitangan bukan guru dan pekerja am serta warga kantin sekolah yang turut serta dalam program ini.