Wednesday, February 6, 2013

MERENTAS DESA 2013






 07 Februari 2013: Acara Merentas Desa 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini. Pelajar-pelajar SKKBFN1 begitu bersemangat ketika mengambil bahagian dalam acara ini. Para peserta terdiri daripada murid tahun 4 hingga tahun 5. En Ruzaidi b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum telah melepaskan peserta-peserta pada jam 8.15 pagi. Secara keseluruhannya Rumah Biru menjadi johan dalam acara ini, diikuti Rumah Merah dan Rumah Hijau. Tahniah dan syabas kepada para pemenang.

Tuesday, February 5, 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN 2013M/1434H







31 Januari 2013, diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dewan SKKBFN1 dan Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Antara aktiviti yang diadakan ialah Perarakan, Ceramah, Pertandingan Nasyid dan Pertandingan Sepanduk. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan mengimbas kemabli sirah Rasulullah SAW bagi  membentuk dan mendidik pelajar, guru dan masyarakat setempat memahami, menghayati dan menghargai dan merealisasikan kisah dan sejarah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.  Secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat akan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang cintakan ilmu duniawi dan ukhrawi serta bersungguh-sungguh meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah Taala. Akhirnya akan melahirkan masyarakat yang menjadi ummah cemerlang dan terbilang dalam negara. Tema Sambutan pada tahun 1434H ialah Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah. Pengerusi dan ahli jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul  merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Guru Besar SK Sungai Pergam  En. Mohd Shafii b. A. Bakar (penceramah jemputan) dan semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

BANTUAN PERSEKOLAHAN







Pada 30 Januari 2013, berlansungnya Majlis Bantuan Awal Persekolahan yang diadakan di Dewan Sivik  Felda Neram 1. Bantuan persekolahan mula diagih sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan setiap seorang yang mula diagihkan mulai 15 Januari 2013. Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun. Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat. Seperti tahun 2012, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar. Program ini di rasmikan oleh YB HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu - Air Putih)