Monday, July 8, 2013

IHYA RAMADHAN

Pada 8 Julai 2013, Program Ihya Ramadhan telah di anjurkan oleh unit HEM SKKBFN1, Penceramah jemputan ialah En. Alwi b. Muda untuk berkongsi objektif iaitu bagi: 

  • Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
  • Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
  •  Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SKKBFN1 serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
  • Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
  • Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga SKKBFN1 dengan  pelajar sekolah.
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga SKKBFN1

Sunday, July 7, 2013

Majlis Temu Murni Tanda Tangan Buku Rekod Pelaporan

Ahad 30 Jun 2013 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah menyusun program bersama ibubapa yang dinamakan Majlis Temu Murni. Program yang bertujuan mempertemukan para ibubapa pelajar dengan guru kelas yang menjadi teraju utama pendidikan anak mereka.
Program ini yang masih baru bagi sekolah ini telah berupaya menarik ramai ibubapa yang sanggup meluangkan masa menghadiri sesi bersama guru kelas ini dan seterusnya menandatangani buku rekod pencapaian anak-anak mereka.
Menurut Guru Besar sekolah, Hj Mohamad Safei, Program seperti ini mampu memberi kesan positif dalam diri pelajar apabila ibubapa mereka sanggup hadir dan meneliti pencapaian mereka di dalam pelajaran dan berkongsi maklumat dengan guru yang terlibat.
Program ini juga memberi peluang kepada ibubapa untuk memyampaikan sumbangan dari pihak sekolah kepada anak mereka yang berjaya dalam peperiksaan tersebut. Program seperti ini wajar diteruskan dan dilipatgandakan dengan berbagai lagi program bersama para waris dalam menyedarkan peranan waris bagi menjana kecemerlangan anak-anak mereka.

Guru Besar merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa yang amat prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka dan sanggup meluangkan masa menghadiri majlis ini.

Saturday, June 15, 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU CIK WAN SUKAINAH

Tanggal 13 Februari 2013, sekolah kita telah kehilangan seorang lagi guru yang telah berkhidmat di sekolah kita ini. Benar lah kata pepatah pujangga, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, yang bertemu akan berpisah. Itulah lumrah kehidupan kita. Majlis perpisahan yang telah diadakan oleh kelab guru dan staff ini, bertujuan untuk memberikan penghormatan terakhir, dan kenangan serta meraikannya buat Ustazah Wan sepanjang berkhidmat di sekolah ini, dan dalam masa yang sama, sambutan kepada anak murid semua. Apa yang kita dapat lihat sepanjang majlis yang cukup sederhana ini tetapi meriah, murid-murid yang sudah biasa dengan Ustazah Wan ini, kebanyakannya sebak dan malah ada yang menangis teresak-esak pun ada, hati admin cukup sayu melihat suasana ini. mungkin anak murid yang menitiskan airmata nya kerana betapa sayangnya dia kepada cikgu.

Sunday, May 26, 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Pada hari Rabu 22.05.2013 sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan En. Ruzaidi b. Ibrahim di Kantin Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1.  Majlis dimulakan dengan bacaan Doa diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Safei b. Ab Majid merangkap Guru Besar dan Bacaan Doa disempurnakan oleh En. Tahir

 Kami warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan TAHNIAH !!! kerana dapat berpindah SK RKT Seberang Tayor.  Agak sayu sewaktu beliau menyampaikan ucapan perpisahan. Ternyata beliau masih sayangkan SKKBFN1.  Kami semua warga kerja SKKBFN1 mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang terjalin antara kita selama ini. Salah dan silap mohon dimaafkan.  Doa kami moga menjadi GPK Kokurikulum yang cemerlang dan bertugas lagi cemerlang. Kecemerlangan beliau di SKKBFN1 memang tidak perlu dipertikaikan. Terbaik. Hingga berjumpa lagi. Insyallah. Amin. 

Saturday, May 18, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013

      16 Mei 2013 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan bertemakan "Guru Malaysia: 1 Inspirasi 1 Agenda".  Hari guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka. Sambutan Hari Guru dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalm menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasikan modal insan yang unggul selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Kami Warga SKKBFN1 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.