Monday, July 8, 2013

IHYA RAMADHAN







Pada 8 Julai 2013, Program Ihya Ramadhan telah di anjurkan oleh unit HEM SKKBFN1, Penceramah jemputan ialah En. Alwi b. Muda untuk berkongsi objektif iaitu bagi: 

  • Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
  • Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
  •  Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SKKBFN1 serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
  • Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
  • Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga SKKBFN1 dengan  pelajar sekolah.
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga SKKBFN1

No comments:

Post a Comment