1 Oktober 2013 - Pelaksanaan Gerak Tari 1Malaysia Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan Di Bawah Inisiatif Prasekolah Tahun 2013 diadakan jam 8.00 pagi antara objektif program :
· Mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak dalam bidang gerakan.
· Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada
kanak-kanak tentang tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan
budaya.
· Menggalak
serta menarik minat kanak-kanak mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
· Mendedahkan kanak-kanak kepada satu kaedah
pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang terdapat
di Malaysia secara sistematik.
· Menggalakkan
kanak-kanak bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
· Memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti
masing-masing.
· Memanfaatkan
ilmu yang diperolehi sebagai pengalaman sebelum melangkah ke Tahun Satu nanti.
· Memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan
berketrampilan.
· Memberi
peluang kepada kanak-kanak prasekolah menunjukkan bakat mereka kepada
masyarakat luar daripada persekitaran mereka.
No comments:
Post a Comment