Sunday, February 5, 2017
Wednesday, October 19, 2016
Lawatan Muhibbah Cakna Murid
Pihak sekolah sangat mengambil berat akan pembinaan akademik dan sahsiah murid di sekolah dan kami berasa amat kesal sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana ini akan memberi kesan kepada masa depan mereka. Justeru itu,kami berharap ibubapa akan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi menyemai semangat anak-anak untuk rajin ke sekolah demi masa depan mereka.
![]() |
| Memberi semangat dan kata dorongan kepada murid. |
Saturday, July 16, 2016
Lawatan Muhibbah Cakna Murid UPSR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini telah berlangsung lagi lawatan Muhibbah ke rumah seorang murid tahun 6 Skkbfn1 yang telah terlibat dengan kemalangan di rumah.
Adalah diharapkan agar semua murid sentiasa berhati hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan sama ada di rumah ataupun di sekolah.
Kami warga Skkbfn1 mendoakan kesembuhan yang cepat kepada murid terbabit.
Tuesday, July 12, 2016
Lawatan Muhibbah Cakna Murid
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan lawatan Muhibbah ke rumah murid yang didapati seringkali tidak hadir ke sekolah. Pk HEM En. Mohd Fareq dan En. Rahim selaku guru disiplin telah disertai oleh mok nik, ayah ngah dan pn. Oni selaku wakil PIBG telah hadir bagi lawatan Muhibbah kali ini.
Lawatan Muhibbah Cakna murid Ini adalah bertujuan untuk untuk bertanyakan masalah murid tersebut serta menerangkan implikasi/kesan kepada ibu bapa tentang akta pendidikan wajib bagi murid di mana adalah menjadi satu kesalahan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah.
Pihak sekolah sangat berharap agar semua ibu bapa akan mengambil cakna terhadap kedatangan murid ke sekolah bagi mencari ilmu. Kerana mulianya manusia adalah kerana ilmu.





