Sunday, May 26, 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM








Pada hari Rabu 22.05.2013 sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan En. Ruzaidi b. Ibrahim di Kantin Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1.  Majlis dimulakan dengan bacaan Doa diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Safei b. Ab Majid merangkap Guru Besar dan Bacaan Doa disempurnakan oleh En. Tahir

 Kami warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan TAHNIAH !!! kerana dapat berpindah SK RKT Seberang Tayor.  Agak sayu sewaktu beliau menyampaikan ucapan perpisahan. Ternyata beliau masih sayangkan SKKBFN1.  Kami semua warga kerja SKKBFN1 mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang terjalin antara kita selama ini. Salah dan silap mohon dimaafkan.  Doa kami moga menjadi GPK Kokurikulum yang cemerlang dan bertugas lagi cemerlang. Kecemerlangan beliau di SKKBFN1 memang tidak perlu dipertikaikan. Terbaik. Hingga berjumpa lagi. Insyallah. Amin. 

Saturday, May 18, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013









      16 Mei 2013 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan bertemakan "Guru Malaysia: 1 Inspirasi 1 Agenda".  Hari guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka. Sambutan Hari Guru dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalm menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasikan modal insan yang unggul selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Kami Warga SKKBFN1 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.

Saturday, April 6, 2013

Majlis Persaraan En. Suddin b. Abu Bakar



Pada 1 April 2013 merupakan tarikh bersejarah bagi  En. Suddin b. Abu Bakar di dalam hidupnya sebagai penjawat awam. Pada tarikh tersebut merupakan hari terakhir beliau sebagai jaga di SK Kg. Baharu Felda Neram 1 setelah berkhidmat selama 31 tahun bermula pada tahun 1982. Sebagai tanda penghargaan terakhir pihak sekolah bersama-sama kelab guru telah mengadakan majlis persaraan beliau. 

WAJAH MANIS PETAH BERKATA,
JASA DICURAH TIDAK TERHINGGA,
WARGA SKKBFN1 MENGUCAPKAN
SELAMAT BERSARA,
SEMOGA SIHAT SEJAHTERA,
DISAMPING KELUARGA TERCINTA......

Tuesday, March 19, 2013

Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Peringkat PKG Cheneh







  Kejohanan Sepak Takraw bawah 12 tahun Peringkat PKG Cheneh dilaksanakan dengan jayanya pada 6 Mac 2013 di gelanggang permainan Sekolah Kg. Baharu Felda Neram 1. Tahniah pada sekolah yang berjaya.


Keputusan Rasmi Kejohanan sebagaimana berikut :

Johan           :Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor
Naib Johan  :Sekolah Kebangsaan Felda Cherul
Ketiga         :Sekolah Kebangsaan Felda Neram 1
Keempat     :Sekolah Kebangsaan Felda Cherul

Tuesday, March 5, 2013

Pertandingan Bola Baling L12 Peringkat PKG Cheneh 2013





Pertandingan Bola Baling B12 Peringkat PKG Cheneh  SKKBFN1  telah berjaya menjadi Naib Juara Pertandingan   pada 05 Mac 2013. SKKBFN1 tewas kepada SK Lembah Jabor 0-3 pada perlawanan akhir yang berlansung di Padang SK Lembah Jabor. Seramai 13 orang murid SKKBFN1 telah mewakili sekolah pada pertandingan tersebut. Tahniah kepada cikgu Mohd Nadzlin ( PK 1) dan Cikgu Mohd Fizari sebagai pengurus dan jurulatih sekolah atas kejayaan pasukan. 

Saturday, March 2, 2013

Mesyuarat Agung PIBG 2013











Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 22 telah diadakan pada 26 Februari 2013 baru-baru ini. Kehadiran ibubapa seramai lebih kurang 95 orang telah melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini. Mesyuarat ini dirasmikan oleh wakil pejabat Ahli Parlimen Kemaman yang telah mewakili YB Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan juga Ahli Parlimen Kemaman. Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh pihak ibubapa dan dibincang bersama dengan pihak PIBG dan sekolah. Perlantikan AJK baru bagi sesi 2013/2014 juga berjalan dengan lancar. Majlis juga dimeriahkan juga dengan persembahan murid tahap 2 serta cabutan-cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir. Terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir.