Wednesday, October 19, 2016



Sambutan Maal Hijrah SKKBFN1 Tahun 2016

TEMA
"Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"



Tarikh : 21 Ogos 2016
 Hari : Ahad
 Lokasi Perasmian : Dataran Perhimpunan 
 Perasmi : En Mohd Razali b. Mat Hussin - Guru Besar 

Lawatan Muhibbah Cakna Murid

           Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai salah satu tindakan bagi pihak sekolah untuk menagani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah maka kali ini Unit HEM bersama Tn.Guru Besar sendiri iaitu En.Razali bin Mat Hussin sendiri telah turun melawat dan bertanyakan khabar tentang salah seorang murid yang tidak hadir ke sekolah.
          Pihak sekolah sangat mengambil berat akan pembinaan akademik dan sahsiah murid di sekolah dan kami berasa amat kesal sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah kerana ini akan memberi kesan kepada masa depan mereka. Justeru itu,kami berharap ibubapa akan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi menyemai semangat anak-anak untuk rajin ke sekolah demi masa depan mereka.
Memberi semangat dan kata dorongan kepada murid.

Saturday, July 16, 2016

Lawatan Muhibbah Cakna Murid UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini telah berlangsung lagi lawatan Muhibbah ke rumah seorang murid tahun 6 Skkbfn1 yang telah terlibat dengan kemalangan di rumah.
Adalah diharapkan agar semua murid sentiasa berhati hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan sama ada di rumah ataupun di sekolah.
Kami warga Skkbfn1 mendoakan kesembuhan yang cepat kepada murid terbabit.

Tuesday, July 12, 2016

Lawatan Muhibbah Cakna Murid

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan lawatan Muhibbah ke rumah murid yang didapati seringkali tidak hadir ke sekolah. Pk HEM En. Mohd Fareq dan En. Rahim selaku guru disiplin telah disertai oleh mok nik, ayah ngah dan pn. Oni selaku wakil PIBG telah hadir bagi lawatan Muhibbah kali ini.
     Lawatan Muhibbah Cakna murid Ini adalah bertujuan untuk untuk bertanyakan masalah murid tersebut serta menerangkan implikasi/kesan kepada ibu bapa tentang akta pendidikan wajib bagi murid di mana adalah menjadi satu kesalahan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah.
   Pihak sekolah sangat berharap agar semua ibu bapa akan mengambil cakna terhadap kedatangan murid ke sekolah bagi mencari ilmu. Kerana mulianya manusia adalah kerana ilmu.


Tuesday, March 8, 2016






Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari di Masjid Kampong Baharu Felda Neram 1
Pada 09 Mac 2016 Jam 8.00pagi. Semua Murid Dan Guru SKKBFN1 terlibat.

Wednesday, March 2, 2016

HEBAHAN PENDAFTARAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2017 DAN 2018

Dengan segala hormatnya dimaklumkan ibubapa/penjaga yang mempunyai anak lahir pada 2.1.2010 - 1.1.2011 dan 2.1.2011- 1.1.2012  boleh mendaftar anak= anak mereka di sekolah berhampiran atau kawasan tadahan masing masing.


Urusan pendaftaran bermula pada 1 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016 di pejabat sekolah (hari bekerja sahaja)

Sila bawa bersama salinan dokumen berikut:

1. Sijil lahir dan salinan fotostat.
2. Kad pengenalan ibubapa dan salinan fotostat.
3. Surat nikah dan salinan fotostat
4. Bil elektrik/ Air/Astro untuk pengesahan alamat.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.