Dengan segala hormatnya dimaklumkan ibubapa/penjaga yang mempunyai anak lahir pada 2.1.2010 - 1.1.2011 dan 2.1.2011- 1.1.2012 boleh mendaftar anak= anak mereka di sekolah berhampiran atau kawasan tadahan masing masing.
Urusan pendaftaran bermula pada 1 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016 di pejabat sekolah (hari bekerja sahaja)
Sila bawa bersama salinan dokumen berikut:
1. Sijil lahir dan salinan fotostat.
2. Kad pengenalan ibubapa dan salinan fotostat.
3. Surat nikah dan salinan fotostat
4. Bil elektrik/ Air/Astro untuk pengesahan alamat.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Wednesday, March 2, 2016
Saturday, February 27, 2016
PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG
Hari ini telah berlangsung pelancaran program sekolah penyayang yang telah disempurnakan oleh Guru Pen.Kanan Pentadbiran SKKBFN1.Pada hari ini,EN.Nadzlin b. Mat dengan diiringi Guru Pen.Kanan HEM En.Mohd Fareq b.Hj.Abdullah telah menyerahkan backdrop sekolah penyayang kepada setiap guru kelas sebagai simbolik penerimaan amanah untuk menjadikan SKKBFN1 sebagai sebuah sekolah yang mengamalkan budaya penyayang dan berbudi bahasa.
Antara objektif program adalah untuk menjelas dan membimbing para pelajar dan guru untuk memupuk amalan budaya penyayang dalam diri, mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain serta membentuk kerjasama secara sepasukan bagi meneruskan agenda Sekolah Penyayang.
Penekanan kepada pelaksanaan program ini ialah melalui surat siaran KPM bil.4/2012 yang menekankan konsep menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru,menginsafi kehadiran murid merupakan rahmat sekolah dan menyedari setiap murid adalah aset kepada sekolah.
Wednesday, February 3, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)

























