Guru besar En Roslan bin Ismail bersama PKHEM, En. Rodi bin Yusoff, PK Pentadbiran En. Nadzlin bin Mat dan guru kelas Tahun 6 Pn. Suzana bt Sena telah melawat ke rumah pelajar yang bermasalah pada 20 Julai 2014 . Masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar adalah selalu tidak hadir ke sekolah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti punca masalah ini dengan menemui ibu bapa pelajar. Di samping itu cuba menasihati penjaga mereka peri pentingnya mereka mengambil berat pelajaran anak-anak mereka. Program ini secara tidak langsung merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012. Pihak sekolah berharap dengan usaha yang dijalankan ini dapat mengurangkan peratus ketidakhadiran pelajar di sekolah ini.
Saturday, July 19, 2014
LAWATAN KE RUMAH PELAJAR YANG BERMASALAH
Sunday, July 13, 2014
Program Motivasi UPSR 2014
Pada hari Isnin, 14 Julai 2014 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi satu Program Motivasi Kecemerlangan UPSR telah diadakan bertempat di Dewan SKKBFN1, untuk murid-murid Tahun 6. Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit kurikulum Peningkatan Tahun 6.
Penceramah jemputan yang telah mengendalikan program ini ialah Tn Haji Mahazir bin Mohamad yang merupakan seorang Pegawai kaunseling dari PPD Kemaman serta mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan kaunseling.
Program ini bertujuan untuk:
· Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
· Mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai sorang anak dan murid bagi membentuk disiplin diri.
Thursday, June 19, 2014
HARI KANTIN, KARNIVAL KESIHATAN DAN BICARA ILMU
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia agar setiap murid belajar cara untuk memperolehi
ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu.
Sehubungan itu, program Hari Kantin, Karnival Kesihatan dan Bicara Ilmu yang diadakan akan dapat
memberikan pendedahan serta pengalaman baharu kepada murid-murid dalam mempelajari sesuatu
berdasarkan situasi sebenar.
Program Hari Kantin, Karnival Kesihatan dan Bicara Ilmu ini diadakan bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum dan PIBG untuk tahun 2014. Selain daripada itu program ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menambahkan dana sekolah dan PIBG. Program ini juga adalah selaras dengan salah satu anjakan utama mentransformasikan sistem pendidikan negara iaitu anjakan yang ke-9 ; bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Tarikh : 19 JUN 2014
Hari : KHAMIS
Masa : 09.00 PAGI – 12.45 TGH
TENTATIF PROGRAM
07.30 pagi – 09.00 pagi: Kelas seperti biasa.
09.00 pagi : Jualan dan pameran bermula.
10.00 pagi : Pertandingan Mewarna
(Pra sekolah dan Tadika)
10.30 pagi : Ceramah Kesihatan dan Pemakanan
11.30 pagi : Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
: Pertandingan Teka Silang Kata (Tahap 2)
12.45 t/hari : Bersurai
8.15 malam : Para hadirin mengambil tempat
: Ketibaan Tetamu Jemputan
8.45 malam : Bacaan Doa
: Bicara Ilmu oleh Ustaz Mahmud b Mat
(Penceramah Bebas Pahang)
HARI KANTIN
KARNIVAL KESIHATAN
BICARA ILMU
Sunday, May 18, 2014
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014
16 Mei 2014 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan bertemakan " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi". Hari guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka. Sambutan Hari Guru dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalm menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasikan modal insan yang unggul selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Kami Warga SKKBFN1 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















