Sunday, July 13, 2014

Program Motivasi UPSR 2014















Pada hari Isnin, 14 Julai 2014 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi satu Program Motivasi Kecemerlangan UPSR  telah diadakan bertempat di Dewan SKKBFN1,  untuk murid-murid Tahun 6. Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit kurikulum Peningkatan Tahun 6.
     Penceramah jemputan yang telah mengendalikan program  ini  ialah Tn Haji Mahazir bin Mohamad yang merupakan seorang  Pegawai kaunseling dari PPD Kemaman serta mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan kaunseling.
     Program ini bertujuan untuk:
·         Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
·         Mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai sorang anak dan murid bagi membentuk disiplin diri.

Thursday, June 19, 2014

HARI KANTIN, KARNIVAL KESIHATAN DAN BICARA ILMU

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia agar setiap murid belajar cara untuk memperolehi
ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu.
Sehubungan itu, program Hari Kantin, Karnival Kesihatan dan Bicara Ilmu yang diadakan akan dapat
memberikan pendedahan serta pengalaman baharu kepada murid-murid dalam mempelajari sesuatu
berdasarkan situasi sebenar.
Program Hari Kantin, Karnival Kesihatan dan Bicara Ilmu ini diadakan bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum  dan PIBG untuk tahun 2014. Selain daripada itu program ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menambahkan dana sekolah dan PIBG.  Program ini juga adalah selaras dengan salah satu anjakan utama mentransformasikan sistem pendidikan negara iaitu anjakan yang ke-9 ; bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

            Tarikh :  19 JUN 2014
            Hari      :  KHAMIS
            Masa     :  09.00 PAGI – 12.45 TGH



TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi – 09.00 pagi:  Kelas seperti biasa.
09.00 pagi             :  Jualan dan pameran bermula.
10.00 pagi             :  Pertandingan Mewarna
                                (Pra sekolah dan Tadika)
10.30 pagi             : Ceramah Kesihatan dan Pemakanan
11.30 pagi             :  Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
: Pertandingan Teka Silang Kata (Tahap 2)
12.45 t/hari :  Bersurai
8.15 malam :  Para hadirin mengambil tempat
:  Ketibaan Tetamu Jemputan
8.45 malam :  Bacaan Doa
:  Bicara Ilmu oleh Ustaz Mahmud b Mat
(Penceramah Bebas Pahang)

HARI KANTIN














KARNIVAL KESIHATAN










BICARA ILMU






Sunday, May 18, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014













16 Mei 2014 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan bertemakan " Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".  Hari guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka. Sambutan Hari Guru dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalm menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasikan modal insan yang unggul selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Kami Warga SKKBFN1 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.

Thursday, March 20, 2014

Majlis Perpisahan Guru Besar dan GPK KO








20 Mac 2014 - Tarikh ini adalah tarikh yang sangat menyedihkan di SK Kg. Baharu Felda Neram 1 kerana hari ini warga SKKBFN1 bakal kehilangan Guru Besar yang dikasihi iaitu Pn. Rosnani bt Idris  yang telah 10 bulan menabur khidmat bakti di sekolah ini. Pertukaran Pn. Rosnani ke SK Meraga Beris, Kemaman amat dirasai kerana kami kehilangan seorang Guru Besar yang sangat bertanggugjawab terhadap kebajikan pelajar dan guru dan seorang Guru Besar yang penyayang. Kami juga kehilangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Ezzuan bin Ahmad Yang berpindah ke Sk Rasau Kerteh.
Walaubagaimana pun, warga SKKBFN1 terpaksa melepaskan Pn. Rosnani dan En. Ezzuan pergi dan mendoakan kejayaan beliau di sekolah baru.