Tuesday, November 12, 2013
MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2013
Selasa, 12 November 2013, Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi untuk sesi tandatangan buku rekod murid. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 serta Pengerusi PIBG.Tepat pukul 10.30 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Felda Neram 1, En. Ngah bin Mamat. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan tarian oleh murid Prasekolah, persembahan nyayian oleh murid tahun 5 dan persembahan lakonan oleh murid tahun 3. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.
Acara kemuncak ialah Graduasi Murid Prasekolah dan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah.
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013 PERINGKAT SEKOLAH
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
Majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2013 peringkat sekolah pada 28.10.2013 bertempat di Dewan SKKBFN1, yang telah disempurnakan oleh En. Rodi bin Yusoff, Penolong Kanan HEM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama warga sekolah samada murid, guru, kakitangan bukan guru dan pekerja am serta warga kantin sekolah yang turut serta dalam program ini.
Tuesday, October 22, 2013
GOTONG ROYONG BILIK PSS
Gotong Royong Membersih Bilik-Bilik Pusat Sumber Sekolah
Biarlah apa orang kata tentang semangat gotong royong yang telah semakin berkurangan diamalkan sekarang, namun bagi pelajar-pelajar sekolah SKKBFN1, jika ianya diatur dengan teliti dan disampaikan kepada para pelajar dalam bentuk 'memujuk', ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Begitulah yang berlaku pada hari Selasa 22 Oktober 2013 yang lepas, di mana lebih 90 peratus daripada 142 orang pelajar hadir untuk bergotong royong membersihkan bilik-bilik Pusat Sumber. Dengan semangat yang tinggi para pelajar telah menjayakan program ini dengan bagitu baik mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Semoga amalan bergotong royong yang pernah menjadi amalan orang-orang dahulu kala itu terus menjadi ikutan untuk genarasi akan datang. Pelajar-pelajar ini dididik berkerjasama membersihkan dan menghias bilik-bilik PSS mereka di samping itu secara tak langsung mereka akan menyayangi bilik-bilik PSS mereka bersama-sama dengan peralatan dan perabot yang dibekalkan.
Begitulah yang berlaku pada hari Selasa 22 Oktober 2013 yang lepas, di mana lebih 90 peratus daripada 142 orang pelajar hadir untuk bergotong royong membersihkan bilik-bilik Pusat Sumber. Dengan semangat yang tinggi para pelajar telah menjayakan program ini dengan bagitu baik mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Semoga amalan bergotong royong yang pernah menjadi amalan orang-orang dahulu kala itu terus menjadi ikutan untuk genarasi akan datang. Pelajar-pelajar ini dididik berkerjasama membersihkan dan menghias bilik-bilik PSS mereka di samping itu secara tak langsung mereka akan menyayangi bilik-bilik PSS mereka bersama-sama dengan peralatan dan perabot yang dibekalkan.
Saya mengingatkan para pelajar agar bekerja dengan ikhlas dan jangan rasa terpaksa, kerana yang dibersihkan adalah tempat mereka akan belajar dan berada di situ setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.45 petang. Terima kasih kepada para pelajar dan guru-guru yang hadir. Terima kasih juga kepada pengusaha kantin yang menyediakan minuman untuk semua guru dan pelajar pada hari itu.
KEM SUKAN 1MURID 1SUKAN
Pada 12 Oktober 2013 Kem Sukan 1murid 1 sukan telah diadakan, Cikgu Mohd Fizari telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah, serta dibantu oleh Cikgu Mokhtar sebagai Penolong Penyelaras. Manakala Fasilitator pula terdiri daripada Cikgu Misram (Bola Sepak), Cikgu Suzana (Badminton), Cikgu Rohaida (Bola Tampar) dan Cikgu Azliza (Bola Jaring).
Sesi Pagi
Pada sesi pagi , perjalanan kem bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta adalah terdiri daripada 10 orang pelajar (5 lelaki dan 5 perempuan) daripada setiap rumah sukan yang ada di sekolah ini. Ada 3 rumah sukan semuanya dengan mengambil nama rumah sukan iaitu hijau, merah dan biru. Pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perjalanan kem dan juga disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti kem ini. Pelajar juga diberikan fail berisi buku nota serta pensil dan pen untuk tujuan mencatat.
Sesi Petang
Pengisian sesi petang lebih menarik sebab pada hari ini aktiviti sukan dijalankan. Pelajar didedahkan dengan 1 jam teori oleh 4 sukan permainan oleh fasilitator masig-masing yang telah dilantik. Setiap sukan dan permainan telah diberikan 4 stesyen yang berbeza. Pada stesyen berkenaan, fasilitator perlu melakukan aktiviti ringkas sukan masing-masing selama 20 minit untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta kem.
Pelaksanaan kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini adalah sangat berjaya jika dinilai pada pengaruhnya kepada peserta. Kami melihat peserta semakin menunjukkan minat untuk cuba bersukan, terutamanya sukan yang asing bagi mereka sebelum ini. Bagi saya, biar lah minat mereka bermula dengan keseronokan yang dirasai ketika kem. Sekiranya didapati berbakat dan minat yang menebal, maka boleh lah diasah lagi bakat mereka ke tahap yang lebih baik.
Saturday, October 5, 2013
SUKAN TAHUNAN KALI - 23 TAHUN 2013
Sukan Tahunan SKKBFN1 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis yang lalu, 3 Oktober 2013. Majlis yang berlangsung dengan lancar mengikut aturcara yang telah dirancang. Sukan tahunan kali ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim b. Tan Sri Haji Wan Mokhtar ( ADUN Air Putih, Kemaman ) selepas acara perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan. Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amat memberangsangkan. Guru Besar dan YDP PIBG telah melahirkan rasa gembira dengan penglibatan ibu bapa pada Temasya Sukan sekolah pada tahun ini.
Acara akhir yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah Sukaneka Pra Sekolah, Sukaneka Tahap 1, Lari 100 M (Lelaki dan Perempuan), Lari 4 x 100 M (Lelaki dan Perempuan), Tarik Tali Akhir, acara ibu bapa. Pada tahun ini, perbarisan dan persembahan rumah- rumah sukan juga dipertandingkan. Semua murid telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara. Johan keseluruhan telah disandang oleh Rumah Hijau. Olahragawan tahun ini adalah adik Syafiq Zulfaqar b Sulaiman dan Olahragawati adalah adik Siti Nor Syazwani bt Abdul Rahim. Semua hadiah telah disampaikan oleh YB,Wakil PPD, Pengurus Felda Neram 1, Kemaman pentadbir sekolah AJK Tertinggi PIBG. Semoga sukan tahunan yang dianjurkan dapat memupuk semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SKKBFN1.
Wednesday, October 2, 2013
Ujian Rintis ICT
Perhatian! kepada pentadbir dan semua guru SK Kg. Baharu Felda Neram 1,
Sila klik http://ict-kpm.azurewebsites.net/ untuk menduduki ujian rintis ICT sebelum 5 Oktober 2013.
Sila klik http://ict-kpm.azurewebsites.net/ untuk menduduki ujian rintis ICT sebelum 5 Oktober 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































