Mesyuarat Pengurusan kali pertama bagi tahun 2013 telah diadakan pada 30 Disember 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat SKKBFN1. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Guru Besar Hj. Mohamad Safei b. Ab. Majid dalam taklimat beliau memberi penekanan terhadap persediaan guru dan kriteria annex ke arah Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang. Selain itu, beliau mengingatkan betapa perlunya sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi dengan penumpuan terhadap program-program yang akan dilaksanakan di dalam Takwin 2013.
Sunday, December 30, 2012
Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama Sesi Persekolahan2013
Monday, December 17, 2012
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012
Hari Anugerah Kecemerlangan SKKBFN1 diadakan pada 6/11/2012 dan di rasmikan oleh
YB HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN TAN SRI HAJI WAN MOKHTAR
(Ahli Dewan Undangan Negeri ,DUN Ayer Puteh ).
Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan kokurikulum. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Hari Anugerah Kecemerlangan yang diadakan pada setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah satu hasrat murni agar pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun berikutnya
Thursday, December 13, 2012
MAJLIS APRESIASI SKKBFN1 2012
Majlis Apresiasi SKKBFN1 merupakan sebahagian daripada tradisi penghargaan kepada warga sekolah untuk terus mempertahan dan meningkatkan pencapaian dalam bidang pendidikan dan pentadbiran. Majlis dirasmikan oleh GPK Pentadbiran iaitu En. Mohd Nadzlin b. Mat. Majlis ini diadakan pada 1/11/2012
Wednesday, December 12, 2012
SUKAN TAHUNAN SKKBFN1 2012
Pada 03-04 Oktober 2012 Sukan Tahunan SKKBFN1 diadakan dengan beberapa objektif, antaranya adalah:
· Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan.
· Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan bersifat dinamik.
· Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
· Menggilap bakat istimewa murid dalam bidang sukan olahraga.
· Menyediakan pasukan olahraga bagi mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD
PERASMIAN OLEH :YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim b Tan Sri Haji Wan Mokhtar,
(Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh)
Subscribe to:
Posts (Atom)