Wednesday, August 26, 2015

PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN









Tarikh 
26 Ogos 2015 

Hari
Rabu

Lokasi Perasmian  
Dataran Perhimpunan  


MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2015







Tarikh : 25 Ogos 2015
Hari : Selasa
Lokasi Perasmian : Dataran Perhimpunan 
Perasmi : En Roslan bin Ismail - Guru Besar 
Penyelaras : En. Mohamed Fuzi bin Omar - GPK Ko-Kurikulum 
Logo dan Tema Hari Kemerdekaan Kali Ke-58 Tahun 2015 : “Sehati Sejiwa"




PROGRAM SINAR UPSR & KEM JATI DIRI









 TARIKH
20 - 22 OGOS 2015

HARI
KHAMIS-SABTU

TEMPAT
CHENEH RECREATION RESORT, CHENEH (CRR)


Tuesday, August 25, 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH






Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 telah diadakan pada 12 Ogos 2015 ( Rabu ) bersamaan 27 Syawal 1436H. Majlis berjalan begitu meriah sekali. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sambutan hari raya ini ialah persembahan guru, persembahan murid dan jamuan raya . Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan kakitangan yang turut terlibat menjayakan dan memeriahkan Majlis sambutan hari raya pada tahun ini.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU













18 Mei 2015 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan bertemakan " Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak".  Hari guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti mereka. Sambutan Hari Guru dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Guru adalah aset penting dalm menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasikan modal insan yang unggul selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Kami Warga SKKBFN1 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru.

PROGRAM PIBGK BERSAMA PEMADAM














Pada 14 Mei 2015, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 mlm satu Program PIBGK bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah diadakan bertempat di kawasan sekolah dan Dewan Bestari, SK Kampong Baharu Felda Neram 1 untuk murid - murid sekolah dan Ibu Bapa/Penjaga. Program ini dikendalikan oleh PIBGK SKKBFN1.
       Program ini bertujuan memberi kesedaran awal kepada murid - murid di sekolah berkaitan dengan bahayanya penggunaan dadah. Di samping itu membantu murid - murid memilih rakan yang betul dan membantu rakan - rakan mereka yang mempunyai masalah.
       Diakhir Progra Pendidikan Pencegahan Dadah ini, murid - murid dapat mengenalpasti bahayanya dadah, cara - cara menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah,kesan - kesan jika terlibat dalam penagihan dadah dan dapat input berkaitan dengan masalah sosial semasa. Pada waktu malam diadakan ceramah agama untuk Ibu Bapa/Penjaga dan orang kampung.