Sunday, March 29, 2015

PROGRAM MOTIVASI IBU BApA / PENJAGA DAN MURID TAHUN 6 (2015)

Ucapan dari Penceramah Jemputan

Ibu Bapa yang hadir

Takilmat oleh Penceramah bersama Ibu bapa dan murid

Murid-murid menulis amanat yang disampaikan oleh penceramah 

ucapan penutup oleh pengarcara majlis

penyampaian cenderamata dari YDP PIBG 

penyampaian cenderamata dari YDP PIBG bagi pihak sekolah

Sebelum Majlis bersurai murid-murid bersalam dengan penceramah jemputan

Pada hari Ahad, 29 April 2015 bermula jam 6.00 ptg hingga 11.30 mlm satu Program Motivasi Ibu Bapa / Penjaga Dan Murid Tahun 6 sesi 2015  telah diadakan bertempat di Dewan Bestari,  SK.Kg Baharu Felda Neram 1 untuk para ibu bapa/Penjaga  murid-murid Tahun 6. Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit Peningkatan Tahun 6 dan PIBG SKKBFN1.
     Penceramah jemputan yang telah mengendalikan program  ini  ialah Encik Norzilam b Mohamed yang merupakan seorang  pengarah dari Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Terangganu  serta mempunyai kepakaran  kaunseling.
    Ibu bapa didedahkan dengan peranan dan  tanggungjawab  untuk  memantau kegiatan anak-anak di rumah  serta memberi  sokongan moral agar anak-anak lebih fokus ke arah  mencapai kecemerlangan .Diharapkan program ini dapat membantu  muri-murid dan  ibu bapa mencari penyelesaian dan melakukan perubahan untuk mencari titik kejayaan dalam kehidupan.

Seramai 25 orang murid sahaja yang hadir manakala bilangan ibu bapa dan penjaga yang turut hadir adalah  50 orang.



Sunday, March 1, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 24 TAHUN 2015










Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 24 telah diadakan pada 1 Mac 2015 baru-baru ini. Kehadiran ibubapa seramai lebih kurang 95 orang telah melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini. Mesyuarat ini dirasmikan oleh  YB HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN TAN SRI HAJI WAN MOKHTAR Ahli Dewan Undangan Negeri ,DUN Ayer Puteh.
Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh pihak ibubapa dan dibincang bersama dengan pihak PIBG dan sekolah. Perlantikan AJK baru bagi sesi 2015/2016 juga berjalan dengan lancar. Majlis juga dimeriahkan juga dengan persembahan murid tahap 2 serta cabutan-cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir. Terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir