Monday, February 16, 2015

Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Kemaman 2015





Kejohanan Bola Baling B12 Peringkat Daerah Kemaman. Pertandingan   diadakan pada 16 Februari  2015. 
SKKBFN1 tewas kepada SK Felda Neram 1  2-4 pada perlawanan suku akhir yang berlansung di Padang SK Bukir Kuang. Seramai 13 orang murid SKKBFN1 telah mewakili sekolah pada pertandingan tersebut. Tahniah kepada cikgu Mohd Nadzlin ( PK 1) dan Cikgu Wan Ahmad Fairuz sebagai pengurus dan jurulatih sekolah atas kejayaan pasukan. 

Sunday, February 15, 2015

Majlis Penyampaian Sijil Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2015





Tarikh    : 15 Februari 2015
Masa     : 8.00 pagi
Tempat  : Dewan SKKBFN1

SKKBFN1 telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kejohanan Merentas Desa 2015 kepada murid-murid Tahun 1 hingga 6. Penyampaian sijil ini telah diberi kepada murid-murid yang berjaya.

Program Temu Murni Ibu Bapa Murid tahun 6/2015






Program Temu Murni untuk Kecemerlangan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada15 Februari 2015 yang lalu. Program yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama guru-guru Tahun 6 adalah bertujuan untuk membincang pelbagai perkara mengenai pembelajaran calon-calon UPSR. Ini melibatkan program yang akan diadakan, prestasi anak-anak dan target UPSR 2015.

Saturday, February 14, 2015

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Kemaman 2015




Kejohanan Sepak Takraw bawah 12 tahun Peringkat Daerah Kemaman diadakan  pada 14 Februari 2015 di gelanggang permainan SM Cukai. Terima Kasih kepada jurulatih Sepak Takraw sekolah iaitu Cikgu Mokhtar dan Cikgu Wan Ahmad Fairuz walaupun sampai di peringkat kumpulan kerana berjaya mencungkil bakat baru. Tahniah pada sekolah yang berjaya.

Thursday, February 12, 2015

Kejohanan Merentas Desa Peirngkat Sekolah 2015









 12 Februari 2015: Acara Merentas Desa 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini. Pelajar-pelajar SKKBFN1 begitu bersemangat ketika mengambil bahagian dalam acara ini. Para peserta terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6. Tn Roslan bin Ismail, Guru Besar SKKBFN1 telah melepaskan peserta-peserta pada jam 8.15 pagi. Secara keseluruhannya Rumah Biru menjadi johan dalam acara ini, diikuti Rumah Merah dan Rumah Hijau. Tahniah dan syabas kepada para pemenang.

Sunday, February 1, 2015

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Tahun 2015







1 FEBRUARI 2015 : Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan sebagai pembuka tirai program galakkan membaca yang dilaksanakan di SKKBFN1. Majlis pelancaran telah disempernakan oleh Tn. Roslan bin Ismail, Guru Besar SKKBFN1. sepanjang majlis tersebut beberapa aktiviti persembahan telah diadakan seperti Pengucapan Promosi Buku, Deklamasi Sajak, Nyanyian lagu NILAM dan lagu Mari Membaca secara beramai-ramai dan persembahan koir daripada kumpulan Kelab Kebudayaan SSKKBFN1. ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat
membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
 Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Komponen-komponen yang terdapat dalam Program NILAM ini antaranya ialah: 
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.