Thursday, January 29, 2015

Majlis Perpisahan Cikgu Misram






29 Januari 2015 - Tarikh ini adalah tarikh yang sangat menyedihkan di SK Kg. Baharu Felda Neram 1 kerana hari ini warga SKKBFN1 bakal kehilangan guru  yang dikasihi iaitu En. Misram bin Abdullah  yang telah 5 tahun menabur khidmat bakti di sekolah ini. Pertukaran En. Misram ke SK Kampong Tengah, Kemaman amat dirasai kerana kami kehilangan seorang guru yang sangat bertanggugjawab terhadap kebajikan pelajar dan beliau seorang guru yang penyayang.
Walaubagaimana pun, warga SKKBFN1 terpaksa melepaskan  En. Misram pergi dan mendoakan kejayaan beliau di sekolah baru.

Monday, January 26, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH KEMAMAN





NAMA PROGRAM: KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KEMAMAN TAHUN 2015
HARI/TARIKH: ISNIN, 26 JANUARI 2015
TEMPAT: SMK SRI BANDI
MASA: 8.00 PAGI
PESERTA: 8 ORANG PELAJAR LELAKI & PEREMPUAN
GURU PENGIRING:
1. MOKHTAR BIN ABDULLAH
2. NOOR ERANY BT MOHD NORDIN

PENCAPAIAN:
1. KATEGORI PEREMPUAN 12 – TEMPAT KE 25: PUTRI NUR NILAM SARI BT IRWAN

Tuesday, January 20, 2015

PERJUMPAAN KALI 1 KEGIATAN KOKURIKULUM




Perjumpaan Kali Pertama, aktiviti kokurikulm 2015 diserikan lagi dengan kehadiran Guru Besar  sekolah 

PK Kokurikulum ditemui berkata, kerjasama yang erat di antara murid, guru, jurulatih dan sokongan padu pengurusan sekolah amat penting dalam usaha memertabatkan sukan. Tambahnya lagi, budaya bersukan tersebut perlu dipelihara dan dikekalkan dari satu generasi ke satu generasi. Penglibatan pelajar amat membanggakan.

Tentatif Aktiviti
1.20 petang
Murid lelaki berkumpul di Dewan SKKBFN1
Murid perempuan di surau sekolah.
Solat Zohor (berjemaah)
Rehat/ Makan tengahari

2.30 petang
Semua murid dan guru berada di Dewan SKKBFN1
Nyanyian Lagu Negeri
Nyanyian Lagu Sekolah
Bacaan Doa - Pelajar
Ucapan Guru Besar

Taklimat Kokurikulum
1. Pasukan Badan Beruniform
2. Persatuan dan Kelab
3. Sukan dan Permainan

Sunday, January 18, 2015

TAKLIMAT DAN MAJLIS PELANTIKAN AJK PEWARIS PRASEKOLAH TAHUN 2015


Tarikh :18 Januari 2015
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Kelas Prasekolah