Monday, September 8, 2014

Lawatan Pecutan Akhir UPSR 2014 Oleh Pegawai JPNT






Pada 8 September 2014 Pihak Pengurusan SKKBFN1 ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pegawai dari JPNT  di atas keprihatinannya berkunjung ke sekolah ini untuk menjalankan pemantauan. Kehadiran Pegawai JPNT  telah disambut oleh Tn Guru Besar , Tn Roslan b Ismail dan telah mengiringi Pegawai JPNT sepanjang pemantauan dijalankan. Beliau juga berkesempatan untuk melihat sendiri Pengajaran dan Pembelajaran di kelas Tahun 6 Arif serta berkomunikasi dengan murid - murid kelas tersebut yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Pihak SKKBFN1 akan sentiasa sedia maklum akan segala ulasan dan pandangan dari pihak JPNT dalam mencapai prestasi yang terbaik dalam semua aspek.

Sunday, September 7, 2014

Lawatan Timbalan Pegawai PPD Kemaman Untuk Kecemerlangan UPSR 2014








Pada 7 September 2014 SKKBFN1  amat bertuah kerana telah dilawati oleh Timbalan PPD Kemaman, beliau merupakan seorang pemimpin yang amat komited dalam menjalankan tugas sehingga sanggup turun padang untuk membantu dan memastikan perjalanan pengurusan sekolah berjalan lancar. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Tn Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Guru Tahun 6.
Disamping itu juga beliau turut berbesar hati untuk bertemu calon UPSR seterus nya memberi motivasi kepada mereka agar terus berusaha dan mencipta keputusan yang terbaik dalam peperiksaan UPSR.

Thursday, September 4, 2014

Majlis Solat Hajat Untuk Calon UPSR 2014






Majlis solat hajat dan bacaan yassin telah diadakan pada 4 September 2014 bertempat di Masjid Kg Baru Felda Neram 1. Program diadakan bersempena dengan permulaan sesi kecemerlangan UPSR 2014. Solat hajat telah dipimpin oleh Tn Imam Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa, para guru dan murid-murid yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.
Semoga sikap tolong-menolong dan permuafakatan ini mendapat kesukaan Allah SWT dan seterusnya menitipkan keberkatan dalam semua amalan kita. Selamat berjaya kepada semua pelajar  SKKBFN1. Teruskan usaha, banyakkan doa!

Program Temu Murni Ibu bapa Murid Tahun 6/2014








Program Temu Murni untuk Kecemerlangan UPSR bagi murid-murid Tahun 6 telah diadakan pada 4 September 2014 yang lalu. Program yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 bersama guru-guru Tahun 6 adalah bertujuan untuk membincang pelbagai perkara mengenai pembelajaran calon-calon UPSR. Ini melibatkan program yang akan diadakan, prestasi anak-anak dan target UPSR 2014.