Wednesday, July 23, 2014

MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT DARI BANK RAKYAT KEMAMAN DAN MAHABBAH

Pada 23 Julai 2014 yang lepas telah berlangsung majlis ringkas penyerahan Wang Zakat daripada Bank Rakyat Kemaman kepada pihak sekolah. En. Roslan bin Ismail (Guru Besar) telah mewakili sekolah dalam majlis itu sebagai penerima. Jumlah sumbangan dari Bank Rakyat RM16900 dan Pertubuhan Kebajikan Islam (MAHABBAH) RM300  berharap wang berkenaan dapat digunakan demi manfaat murid-murid sekolah ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Disini pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat dan  MAHABBAH serta semua terlibat.



            

        

Saturday, July 19, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH, 
SK KAMPONG BAHARU FELDA NERAM 1
TAHUN 1435H/2014M.


(MURID-MURID  PROGRAM j-QAF YANG TERPILIH)


Hari : Ahad
Tarikh : 20 Julai 2014
Masa : 9.00 Pagi
 
Tempat : 
Dewan SKKBFN1

Khalifah yang  memimpin Majlis Khatam Al-Quran :
1. En. Ismail b Mat (Imam Masjid Kg baharu Felda Neram 1)
2. En. Azman b muhamad (Imam Masjid Kg baharu Felda Neram 1)


                 

               

              

             

             

            

LAWATAN KE RUMAH PELAJAR YANG BERMASALAH

Guru besar  En Roslan bin Ismail bersama PKHEM, En. Rodi bin Yusoff, PK Pentadbiran En. Nadzlin bin Mat dan guru kelas Tahun 6 Pn. Suzana bt Sena telah melawat ke rumah pelajar  yang bermasalah pada 20 Julai 2014 . Masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar adalah selalu tidak hadir ke sekolah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti punca masalah ini dengan menemui ibu bapa pelajar. Di samping itu cuba menasihati penjaga mereka peri pentingnya mereka mengambil berat pelajaran anak-anak mereka. Program ini secara tidak langsung merealisasikan Surat Siaran KPM Bil. 4/2012. Pihak sekolah berharap dengan usaha yang dijalankan ini dapat mengurangkan peratus ketidakhadiran pelajar di sekolah ini.





         

Sunday, July 13, 2014

Program Motivasi UPSR 2014















Pada hari Isnin, 14 Julai 2014 bermula jam 8.00 hingga 11.30 pagi satu Program Motivasi Kecemerlangan UPSR  telah diadakan bertempat di Dewan SKKBFN1,  untuk murid-murid Tahun 6. Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Unit kurikulum Peningkatan Tahun 6.
     Penceramah jemputan yang telah mengendalikan program  ini  ialah Tn Haji Mahazir bin Mohamad yang merupakan seorang  Pegawai kaunseling dari PPD Kemaman serta mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan kaunseling.
     Program ini bertujuan untuk:
·         Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
·         Mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai sorang anak dan murid bagi membentuk disiplin diri.