Sunday, February 23, 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 23, 2014












Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 23 telah diadakan pada 23 Februari 2014 baru-baru ini. Kehadiran ibubapa seramai lebih kurang 95 orang telah melancarkan lagi perjalanan mesyuarat ini. Mesyuarat ini dirasmikan oleh  YB HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN TAN SRI HAJI WAN MOKHTAR Ahli Dewan Undangan Negeri ,DUN Ayer Puteh.
  Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh pihak ibubapa dan dibincang bersama dengan pihak PIBG dan sekolah. Perlantikan AJK baru bagi sesi 2014/2015 juga berjalan dengan lancar. Majlis juga dimeriahkan juga dengan persembahan murid tahap 2 serta cabutan-cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir. Terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir.

Sunday, February 16, 2014

Majlis Pelantikan AJK Pewaris Prasekolah 2014


Taklimat dan Mesyuarat PEWARIS Prasekolah telah dilaksanakan pada 16 Februari 2014 bermula pada jam12.15 pagi dan berakhir pada jam 1.40 t/hari. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa/penjaga kerana anak-anak dibawah jagaan terpilih untuk memasuki prasekolah KPM bagi sesi 2014.
     Taklimat tersebut telah di hadiri oleh Pn. Rosnani bt Idris (Guru Besar). Program ini berjalan dengan lancar.  Mesyuarat sebulat suara melantik AJK PEWARIS bagi tahun 2014 adalah seperti ketetapan berikut:

AJK PEWARIS 2014

  Penasihat           :Pn. Rosnani bt Idris(Guru Besar)
  Pengurusi          :En. Mohd Kaswadi b. Remali
  N/Pengerusi      :Pn. Noraini bt Ramli
  Setiausaha        :Pn. Hanani bt Omar
  Bendahari         :Pn. Norhayati bt Shafie
  AJK                     :1. En. Abdul Haizam b. Mohamad
                             :2. Pn.Norzilah bt Ismail
                             :3. Pn. Noridawati bt Ab Halim
                             :4. Pn. Rozilawati bt Yusof
                             :5. Pn. Siti Hawa bt Mohamad

                               

Diharap agar segala perancangan pada tahun 2014 ini akan berjalan dengan jayanya.
Semoga ibu bapa /penjaga dapat memberikan kerjasama untuk mempertingkatkan lagi  
mutu pengajaran dan pembelajaran.

Wednesday, February 12, 2014

LADAP FROG VLE





Kursus Frog VLE untuk guru-guru SKKBFN1 telah dijalankan pada hari Selasa , 18 Februari 2014, bermula jam 2.00 petang hingga 5 petang. Kursus ini telah disertai oleh semua guru SKKBFN1 dan dijalankan di Makmal Komputer SKKBFN1. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Zuria Akma selaku Guru Penyelaras Bestari SKKBFN1.
Antara lain, tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog untuk guru-guru di samping menjayakan matlamat di bawah Program 1Bestarinet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melaluinya guru-guru diharap mampu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan pendidikan termasuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Sepanjang kursus ini berlangsung guru-guru mempelajari cara menggunakan laman frog ini sebagai medium komunikasi , berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan takwim individu. Melalui kursus ini juga, guru-guru telah didedahkan cara untuk menggunakan laman frog ini untuk menjemput guru lain untuk menghadiri sesuatu program berdasarkan calendar.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan diharap guru-guru dapat memanfaatkan laman Frog VLE ini untuk melancarkan tugas-tugas seharian pada masa akan datang.

Thursday, February 6, 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN MOTIVASI PELAJAR UPSR 2014














Kem ini diadakan pada 6-7 Februari 2014. Program ini merupakan acara yang wajib diadakan pada setiap tahun khususnya kepada para pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas ,. Ianya bagi mengasah sifat kepimpinan dan membentuk jati diri pemimpin muda bagi melahirkan generasi pemimpin yang berkebolehan dan berdaya saing. 

Tuesday, February 4, 2014

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW PERINGKAT PKG CHENEH 2014









Kejohanan Sepak Takraw bawah 12 tahun Peringkat PKG Cheneh dilaksanakan dengan jayanya pada 4-5 Februari 2014 di gelanggang permainan Sekolah Kg. Baharu Felda Neram 1. Tahniah pada sekolah yang berjaya.


Keputusan Rasmi Kejohanan sebagaimana berikut :

Johan           :Sekolah Kebangsaan Cheneh Baru
Naib Johan  :Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1
Ketiga         :Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1
Keempat     :Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam

PERTANDINGAN BOLA JARING BAWAH 12 PERINGKAT PKG CHENEH



4 Februari 2014 - Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring sekolah yang telah menyertai
pertandingan peringkat PKG Cheneh yang diadakan pada 4  Februari 2014 bertempat di SK Seberang Tayor. Pasukan bola jaring telah berjaya memberi cabaran kepada sekolah-sekolah PKG Cheneh. Dengan ini pasukan bola jaring sekolah dapat menimba pengalaman untuk pertandingan yang akan diadakan di masa hadapan. Tahniah juga diucapkan pengurus pasukan bola jaring sekolah Cikgu Zuria Akma, Cikgu Noor Azliza dan jurulatih bola jaring Cikgu Junainah serta Pn. Yusmera yang tidak jemu memberi latihan dan tunjuk ajar dan juga kepada semua guru SKKBFN1 yang memberi sokongan kepada pasukan bola jaring semasa perlawanan diadakan.SKKBFN1 boleh..!

Monday, February 3, 2014

PROGRAM PERMUAFAKATAN UPSR 2014

Pada 3 Februari 2014, satu Program Permuafakatan UPSR 2014 diadakan dengan gabungan program Cakna waris, Mentor Mentee dan Solat Hajat:







Program Cakna Waris
Matlamat program ini adalah bagi mengadakan hubungan antara sekolah dan waris dalam meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam keputusan UPSR bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk tahun 2014.
1. Untuk memastikan murid-murid tahun 6 telah bersiap sedia menghadapi UPSR.
2. Untuk memastikan kecemerlangan UPSR berterusan .
3. Untuk mengeratkan dan meningkatkan hubungan antara sekolah dan waris dalam menjana kejayaan murid dan sekolah.
4. Mencari kaedah dan dapatan masalah-masalah yang timbul dalam akademik pelajar.
5. Memberi ruang kepada waris mendapat input yang lebih tepat dari pihak sekolah tentang pencapaian akademik pelajar-pelajar.







Program mentor mentee 
*Merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.





Program Solat hajat
 *Merupakan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, SKKBFN1 pada setiap tahun apabila menjelang musim peperiksaan.. Pengisian dan aktiviti yang dilaksanakan diharapkan dapat mengisi tuntutan sebagai hamba yang taqarrub kepada Allah s.w.t selaras tuntutan Al Quran dan Sunnah.