Thursday, January 30, 2014

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014










   
Pada hari ini, 30 Januari 2014, bertempat di Dewan SKKBFN1,  telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Sesi 2014. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Che Ali bin Dagang, YDP PIBG SKKBFN1. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kehadiran ibubapa dan penjaga pada majlis tersebut sangat menggalakkan.
   Objektif sebenar pemberian bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua Warga SKKBFN1 atas kerjasama yang diberi dalam memastikan kelancaran program tersebut. Sesungguhnya setiap perbuatan baik itu, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengannya, InsyaAllah.

Sunday, January 26, 2014

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014

   













   26 Januari 2014, diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Dewan SKKBFN1 dan Masjid Kg. Baharu Felda Neram 1. Antara aktiviti yang diadakan ialah Perarakan, Ceramah, Pertandingan kolaj dan Pertandingan Sepanduk. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan mengimbas kemabli sirah Rasulullah SAW bagi  membentuk dan mendidik pelajar, guru dan masyarakat setempat memahami, menghayati dan menghargai dan merealisasikan kisah dan sejarah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.  Secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat akan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang cintakan ilmu duniawi dan ukhrawi serta bersungguh-sungguh meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah Taala. Akhirnya akan melahirkan masyarakat yang menjadi ummah cemerlang  dalam negara. Tema Sambutan pada tahun 1434H ialah "Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah". Pengerusi dan ahli jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul  merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ustaz dari SK Felda Neram 1  En. Romaizi bin Mamat@Mohamad (penceramah jemputan) dan semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sunday, January 19, 2014

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, KETUA DAN PENOLONG KELAS SESI 2014












19 Januari 2014, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas  telah selamat dilangsungkan dengan penuh gemilang di Dewan SKKBFN1,  Majlis yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu dibuka dengan bacaan doa  dipimpin oleh Ketua Pengawas.
Majlis penyampaian watikah yang merupakan antara acara tahunan terpenting di bawah unit Hal Ehwal Murid (HEM) itu, telah dirasmikan oleh Sarjan Rezali bin Mohamed dari Balai Polis Daerah Kemaman Selaku pegawai perhubungan sekolah.
Berucap merasmikan majlis, Sarjan Rezali menyampaikan hasrat beliau untuk menyaksikan lebih ramai produk yang yang hebat dan cemerlang yang terhasil dari sekolah ini yang mampu bersaing di peringkat global dan  mengingatkan para murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah. Beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.
Semoga kepimpinan yang baru menerima watikah ini akan mampu memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh rasa yakin, jujur, berdisiplin dan ikhlas sebagaimana yang dilafazkan melalui ikrar kepimpinan dalam majlis tersebut.

Sunday, January 5, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TRANSISI DAN SEKOLAH PENYAYANG 2014







  
Majlis Pelancaran Program Transisi Guru Penyayang diadakan pada Ahad 05 Januari 2014 jam 7.45 pagi bertempat di dewan SKKBFN1 .  Majlis dirasmi oleh Pn. Rosnani bt Idris Guru Besar SKKBFN1.
Guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidik akhlak kepada anak muri. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan.Dalam zaman serba modem serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.
  Tugas Pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidik akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba modem serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya mendidik.
Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang.

MENGAPA KITA MENGADAKAN PROGRAM TRANSISI?
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran  secara formal di Tahun Satu.
APAKAH TUJUAN PROGRAM TRANSISI?
Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
Keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.



Saturday, January 4, 2014

PEMANTAUAN AWAL PERSEKOLAHAN DARIPADA JPNT




Pada 2 Januari 2014, Pemantauan persediaan awal tahun persekolah sesi 2014 oleh pegawai perhubungan sekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bagi meninjau persiapan pihak sekolah menghadapi permulaan sesi persekolahan agar "First Day First Bell dan First Lesson" dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Wednesday, January 1, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014






Alhamdulillah, sesi persekolahan 2014 telah bermula pada 1 Januari 2014
dan ianya berjalan lancar. Walaupun ianya tidak bermula pada hari Isnin, 
tetapi perhimpunan tetap diadakan dan seterusnya taklimat diberikan 
oleh guru yang bertugas pada minggu itu.Kehadiran persekolahan juga
turut dimeriahkan oleh ibubapa dan penjaga yang turut serta
mengikuti perkembangan hari pertama persekolahan anak-anak mereka.
Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang 
terlibat secara langsung dan tidak langsung pada program tersebut Tidak
dilupakan juga kepada ibubapa yang telah datang dan memberi sokongan
kepada anak tuan/puan.
Berikut dimuatkan suasana hari pertama persekolahan.