Tuesday, October 22, 2013

GOTONG ROYONG BILIK PSS


Gotong Royong Membersih Bilik-Bilik Pusat Sumber Sekolah

Biarlah apa orang kata tentang semangat gotong royong yang telah semakin berkurangan diamalkan sekarang, namun bagi pelajar-pelajar sekolah SKKBFN1, jika ianya diatur dengan teliti dan disampaikan kepada para pelajar dalam bentuk 'memujuk', ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Begitulah yang berlaku pada hari Selasa 22 Oktober 2013 yang lepas, di mana lebih 90 peratus daripada 142 orang pelajar hadir untuk bergotong royong membersihkan bilik-bilik Pusat Sumber. Dengan semangat yang tinggi para pelajar telah menjayakan program ini dengan bagitu baik mulai jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Semoga amalan bergotong royong yang pernah menjadi amalan orang-orang dahulu kala itu terus menjadi ikutan untuk genarasi akan datang. Pelajar-pelajar ini dididik berkerjasama membersihkan dan menghias bilik-bilik PSS mereka di samping itu secara tak langsung mereka akan menyayangi bilik-bilik PSS mereka bersama-sama dengan peralatan dan perabot yang dibekalkan.

Saya mengingatkan para pelajar agar bekerja dengan ikhlas dan jangan rasa terpaksa, kerana yang dibersihkan adalah tempat mereka akan belajar dan berada di situ setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.45 petang. Terima kasih kepada para pelajar dan guru-guru yang hadir. Terima kasih juga kepada pengusaha kantin yang menyediakan minuman untuk semua guru dan pelajar  pada hari itu.






KEM SUKAN 1MURID 1SUKAN


Pada 12 Oktober 2013 Kem Sukan 1murid 1 sukan telah diadakan, Cikgu Mohd Fizari telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah, serta dibantu oleh Cikgu Mokhtar sebagai Penolong Penyelaras. Manakala Fasilitator pula terdiri daripada Cikgu Misram (Bola Sepak), Cikgu Suzana (Badminton), Cikgu Rohaida (Bola Tampar) dan Cikgu Azliza (Bola Jaring).


Sesi Pagi
Pada sesi pagi , perjalanan kem bermula seawal jam 8.00 pagi  dengan dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta adalah terdiri daripada 10 orang pelajar (5 lelaki dan 5 perempuan) daripada setiap rumah sukan yang ada di sekolah ini. Ada 3 rumah sukan semuanya dengan mengambil nama rumah sukan iaitu hijau, merah dan biru. 
Pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perjalanan kem dan juga disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti kem ini. Pelajar juga diberikan fail berisi buku nota serta pensil dan pen untuk tujuan mencatat.



Sesi Petang
Pengisian sesi petang lebih menarik sebab pada hari ini aktiviti sukan dijalankan. Pelajar didedahkan dengan 1 jam teori oleh 4 sukan permainan oleh fasilitator masig-masing yang telah dilantik. Setiap sukan dan permainan telah diberikan 4 stesyen yang berbeza. Pada stesyen berkenaan, fasilitator perlu melakukan aktiviti ringkas sukan masing-masing selama 20 minit untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta kem.

 Pelaksanaan kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini adalah sangat berjaya jika dinilai pada pengaruhnya kepada peserta. Kami melihat peserta semakin menunjukkan minat untuk cuba bersukan, terutamanya sukan yang asing bagi mereka sebelum ini. Bagi saya, biar lah minat mereka bermula dengan keseronokan yang dirasai ketika kem. Sekiranya didapati berbakat dan minat yang menebal, maka boleh lah diasah lagi bakat mereka ke tahap yang lebih baik.






Saturday, October 5, 2013

SUKAN TAHUNAN KALI - 23 TAHUN 2013
















        Sukan Tahunan SKKBFN1 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis yang lalu, 3 Oktober 2013. Majlis yang berlangsung dengan lancar mengikut aturcara yang telah dirancang. Sukan tahunan kali ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Wan Abdul Hakim b. Tan Sri Haji Wan Mokhtar ( ADUN Air Putih, Kemaman ) selepas acara perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan. Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amat memberangsangkan. Guru Besar dan YDP PIBG telah melahirkan rasa gembira dengan penglibatan ibu bapa pada Temasya Sukan sekolah pada tahun ini. 
      Acara akhir yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah Sukaneka Pra Sekolah, Sukaneka Tahap 1,  Lari 100 M (Lelaki dan Perempuan), Lari 4 x 100 M (Lelaki dan Perempuan), Tarik Tali Akhir, acara ibu bapa. Pada tahun ini, perbarisan dan persembahan rumah- rumah sukan juga dipertandingkan. Semua murid telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara. Johan keseluruhan telah disandang oleh Rumah Hijau. Olahragawan tahun ini adalah adik Syafiq Zulfaqar b Sulaiman  dan Olahragawati adalah adik  Siti Nor Syazwani bt Abdul Rahim. Semua hadiah telah disampaikan oleh YB,Wakil PPD, Pengurus Felda Neram 1, Kemaman pentadbir sekolah AJK Tertinggi PIBG. Semoga sukan tahunan yang dianjurkan dapat memupuk semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SKKBFN1.

Wednesday, October 2, 2013

Ujian Rintis ICT

Perhatian! kepada pentadbir dan semua guru SK Kg. Baharu Felda Neram 1,
Sila klik http://ict-kpm.azurewebsites.net/ untuk menduduki ujian rintis ICT sebelum 5 Oktober 2013.