Monday, September 30, 2013

Pelaksanaan Gerak Tari 1Malaysia Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan Di Bawah Inisiatif Prasekolah Tahun 2013






1 Oktober 2013 - Pelaksanaan Gerak Tari 1Malaysia Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan Di Bawah Inisiatif Prasekolah Tahun 2013 diadakan jam 8.00 pagi antara objektif program :

·      Mencungkil bakat dan potensi kanak-kanak  dalam bidang gerakan.
·     Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang tanggungjawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya.
·     Menggalak serta menarik minat kanak-kanak mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.
·    Mendedahkan kanak-kanak kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, inang, joget, asli serta tarian rakyat yang terdapat di Malaysia secara sistematik.
·     Menggalakkan kanak-kanak bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
·  Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti masing-masing.
·     Memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai pengalaman sebelum melangkah ke Tahun Satu nanti.
·  Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan.
· Memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah menunjukkan bakat mereka kepada masyarakat luar daripada persekitaran mereka.

SUKANTARA 2013







29 September 2013 - Sukantara SK Kg. Baharu Felda Neram 1 bermula dengan tiga buah rumah sukan mengambil bahagian dalam acara padang dan balapan dalam usaha untuk mengumpul mata kemenangan rumah masing-masing. Program tersebut yang merupakan salah satu aktiviti tahunan kokurikulum di SK Kg. Baharu Felda Neram 1 melibatkan murid-murid Tahap 2, di mana setiap murid diberi peluang untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing melalui acara-acara yang dipertandingkan. Antara acara-acara tersebut ialah lompat jauh, lontar peluru dan acara balapan. Selain menyumbangkan mata, Sukantara juga memberikan kesempatan kepada guru-guru rumah sukan untuk memilih peserta yang akan mewakili rumah ke Kejohanan Sukan Tahun   pada 3 Oktober 2013 berdasarkan prestasi setiap murid dalam Sukantara.

Wednesday, September 11, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2013




MAJLIS RESTU ILMU DAN SOLAT HAJAT 2013










Pada 8 September 2013, Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat telah dijalankan antara objektif program ialah:

· Memberi restu ilmu daripada guru-guru dan ibu-bapa kepada semua calon UPSR 2013 sebelum menghadapi UPSR.
· Memberi suntikan semangat agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat akhir sebelum peperiksaan bermula.
· Memohon keredhaan daripada Allah s.w.t agar semua murid diberi ilham semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.
· Mendoakan semua calon UPSR agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang.
.


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56 PERINGKAT SEKOLAH








Pada 5 September 2013 bermula seawal 8.10 pagi sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2013 dijalankan . Sambutan ini bertujuan:


·                     Menyemai semangat cintakan tanah air.
·                     Menyemai semangat 1 Malaysia.
·                     Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara 
                       dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada
                       sekolah dan negara.
·                     Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair,
                       berdisiplin dan bekerjasama.
·                     Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid
                       terhadap menghargai perjuangan generasi
                       terdahulu mendapatkan kemerdekaan.


Sambutan ini bermula pada jam 8.10 pagi. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa olah ketua murid. Kemudian murid-murid diperdengarkan lagu patriotik sempena hari kemerdekaan, murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang yang diedarkan kepada mereka. Seterusnya ucapan pembukaan sambutan oleh PK Ko-Kurikulum En. Ezzuan b Ahmad.

Acara yang pertama dipersembahkan ialah persembahan daripada murid tahun 3 dan tahun 6. Kemudia persembahan daripada murid Tahun 1 dan tahun 5. Acara selingan seperti kiuz kemerdekaan turut diselitkan. Seterusnya acara yang dipertandingkan ialah persembahan daripada murid Tahun 2, tahun 3 dan pakaian beragam bagi murid Tahun 6. Guru-guru  tidak ketinggalan menyanyikan lagu tema kemerdekaan tahun ini iaitu
MALAYSIA BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU dan juga tayangan kemerdekaan. Acara penamat ialah penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2013










Tarikh : 27 Ogos 2013
Hari : Selasa
Lokasi Perasmian : Dataran Perhimpunan
Perasmi : Pn Rosnani bt Idris - Guru Besar
Penyelaras : 
En. Ezzuan bin Ahmad - GPK Ko-Kurikulum
Anjuran Panitia : Kajian Tempatan & Sivik Kenegaraan
Tema Hari Kemerdekaan Kali Ke-56 Tahun 2013 : Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku . Tema ini dipilih bagi memberi peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara

Monday, September 9, 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah









Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2013 telah diadakan pada 26 ogos 2013 ( Isnin ) bersamaan 18 Syawal 1434H. Majlis berjalan begitu meriah sekali. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sambutan hari raya ini ialah persembahan guru, persembahan murid dan jamuan raya .
Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan kakitangan yang turut terlibat menjayakan dan memeriahkan Majlis sambutan hari raya pada tahun ini.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2013










Khamis,24 Ogos 2013- Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SKKBFN1 dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2013 pada 22  hingga 24 Ogos 2013 di Kem Belia Dan Rakan Muda Kemaman. Semua peserta kem dikehendaki mendaftar selewat-lewatnya pukul 2.00 petang pada22 Ogos.
Selepas pendaftaran, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh En Mohd Nadzlin bin Mat, PK Pentadbiran. Program ini telah di sertai oleh 34 murid sekolah ini. Menurut Setiausaha JK penganjur, semua guru terlibat dalam menjayakan kem ini. Meraka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertugas yang telah ditetapkan.
Sementara itu, peserta kem didedahkan dengan teknik belajar, motivasi, kaedah menjawab soalan dan kemahiran belajar.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua murid yang terlibat dan seterusnya dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti..Insya Allah....
Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan kem ini.Selain itu, Penghargaan juga kepada PIBG SKKBFN1 yang turut terlibat menjayakan kem ini.