Tuesday, August 13, 2013


Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah





01 Ogos 2013 : SK Kg. Baharu Felda Neram 1 telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran (MKQ) peringkat sekolah sempena Program Ihya Ramadhan tahun ini. Seramai 31 murid diraikan kerana berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.


Majlis Perpisahan Guru Besar





25 Julai 2013 - Tarikh ini adalah tarikh yang sangat menyedihkan di SK Kg. Baharu Felda Neram 1 kerana hari ini warga SKKBFN1 bakal kehilangan Guru Besar yang dikasihi iaitu Hj. Mohamad Safei b. Ab Majid   yang telah 10 bulan menabur khidmat bakti di sekolah ini.
Pertukaran Hj. Mohamad Safei ke SK Kuala Kubang, Jertih amat dirasai kerana kami kehilangan seorang Guru Besar yang sangat bertanggugjawab terhadap kebajikan pelajar dan guru dan seorang pengetua yang penyayang.
Walaubagaimana pun, warga SKKBFN1 terpaksa melepaskan Hj. Mohamad Safei pergi dan mendoakan kejayaan belaiau di sekolah baru.

Majlis Berbuka Puasa Perdana






Pada 24 Julai 2013,sempena kedatangan bulan suci ramadhan ini,SK Kg. Baharu Felda Neram 1 telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di kantin sekolah. Majlis tersebut menjadi program tahunan sekolah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Para guru,kakitangan serta kehadiran kaum keluarga mereka memeriahkan lagi majlis tersebut. Diharapkan majlis seumpama ini akan dapat diadakan lagi dimasa akan datang.